rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Gaji RM 3500, beli rumah terus financial kucar kacir?

Kalau gaji RM 3500,

Tolak EPF RM 385

Tolak Socso RM 35

Balance RM 3080

Rumah sebulan RM 1000.

Baki lepas bayar rumah yang baru dapat RM 2080

Kalau ikut basic guideline, rumah RM 1000 to kurang dari 30% dari gaji. So dia tak beli rumah yang dia tak mampu dari segi pendapatan.

Jadi isu dia bukan pasal beli rumah tu. Isu dia pada pandangan aku adalah part lain dalam pengurusan kewangan dia.

Kalau kita kupas lebih lagi.

Makan dalam RM 30 sehari. Sebulan dah RM 900. Baki lepas makan ada dalam RM 1180 lagi.

Hand phone cakap RM 100, kereta dalam RM 800 sebulan (loan campur minyak dengan toll)… ada dalam RM 280 lagi.

Kalau dia single, patutnya hidup dia ok, tapi kewangan dia mungkin ketat sikit, tapi kalau dia dah kahwin dan ada anak, mungkin akan suffer.

Jadi sebelum buat apa2 keputusan kewangan, faham betul2 apa akibat buat keputusan tu, untuk jangkamasa pendek ataupun panjang.

Kalau x sure, sila lah cari orang yang boleh bagi pandangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *