rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Senang la kau cakap, kau sembang dari point of privilege…”

Pernah tak dapat feedback macam ni bila kita bagi nasihat atau kongsi ilmu dengan orang lain?

Aku pernah.
Bukan sekali dua.

Baru dua minggu lepas masa travelling nak pergi kenduri kahwin sedara, tengah sembang dengan kakak pasal beberapa topik, keluar balik ayat ni. Katanya, bila orang yang dah senang atau berjaya cakap sesuatu, mesti akan ada yang komen:

“Ala, senanglah dia nak cakap, dia dah senang.”

To be honest, aku takde keperluan pun nak kongsi apa-apa dekat media sosial ni. Aku bukan tengah aktif cari klien.
Klien sedia ada pun dah lebih dari cukup untuk sustain diri sendiri. Tapi kalau ada sesiapa yang menyerah diri dengan suka rela, takde lah pula aku nak tolak kan, orang cakap tak baik tolak rezeki.

Kalau aku nak rilek, boleh je. Aku boleh tengok Netflix, main dengan kucing, lepak dengan kawan, spend masa dengan family. Tapi aku tetap pilih untuk tulis, kongsi, dan terus educate pasal kewangan walaupun kadang penat, walaupun kadang risau mesej aku disalah faham.

Sebab aku tahu, kat luar sana mesti ada seseorang yang tengah struggle. Dan kalau perkongsian aku boleh bagi sedikit clarity, semangat, atau kesedaran, itu dah cukup berbaloi untuk aku.

Tapi orang jarang nampak jalan panjang yang kita dah lalui.

Aku dulu pun kerja makan gaji. Starting salary aku: RM1,900 sebulan. Waktu tu duduk rumah sewa kecil, kongsi dengan dua orang kawan. Setahun lepas tu dah kahwin. Masa tu lagi lah kewangan jadi makin runcing, tu lah siapa suruh gatal nak kahwin awal sangat kan? Masa tu, internet tak mampu nak pasang, jadi hujung minggu pergi cyber café — RM2 sejam, dua jam je boleh. Nak makan luar, tunggu pasar malam, sebab murah. Mungkin konsep pasar malam ada makanan murah orang sekarang confuse, tapi ya, dulu pasar malam memang murah. Pernah sekali, aku pergi servis kereta, tapi mekanik cakap ada benda lain kena replace juga. Alamak, bajet dah lari. Nasib owner bengkel bagi aku bayar ansur-ansur sebab dia kesian.

Bila mula jadi financial planner, aku start dengan 0 klien.

Dua bulan pertama — takde income langsung. Bulan ke-3 baru ada sikit.

Aku pernah travel seminggu dari KL ke Perlis semata-mata nak jumpa prospek2 yang berminat nak jumpa. Jadi klien belum tentu lagi. Siap bawa printer dalam kereta Kelisa lama aku. Aku pernah tidur dalam kereta sebab nak jimat duit hotel. Mandi kat R&R, terus jalan esoknya ke meeting lain. Pernah buka booth dekat mall, senyum dekat orang yang lalu-lalang harap ada yang sudi berhenti dengar. Pernah juga print flyer sendiri dan letak dekat cermin kereta orang lepas solat Jumaat.

Lepas tu, bila firm dah mula membesar — ada juga versi lain dari ayat tu keluar.

“Rafiq boleh la buat macam tu… dia lain. Orang lain buat takkan jadi.”
“Alah, tu sebab dia pandai cakap. Kalau saya, client tak nak dengar.”
“Dia boleh la training advisor lain, sebab dia ada masa.”

Aku senyum je bila dengar. Sebab realitinya, semua benda yang aku buat dalam firm hari ni, aku start sendiri dari kosong juga.

Nak buat training materials untuk team? Aku yang prepare semua tu dari awal, masa takde siapa pun datang training kitaorang dan bagi slides semua tu. Nak buat joint sales dengan advisor baru? Aku yang ikut sendiri, kadang2 tiap2 malam ada jer appointment yang aku kena attend. Nak coach team untuk betulkan proses atau mindset? Aku yang duduk dengar satu-satu, walaupun hari tu aku sendiri pun penat dengan kerja klien.

Kalau aku betul-betul nak fokus income sendiri, aku boleh je berhenti buat semua tu. Aku boleh fokus pada klien-klien aku je, dapat lebih banyak engagement fee, dan mungkin “hidup senang” sikit.

Tapi aku pilih untuk angkat orang lain sekali. Sebab aku pernah lalui fasa takde siapa nak tolong, dan aku tahu rasa tu macam mana.

So bila ada orang kata,

“Senanglah kau cakap, kau dah senang.”
atau
“Kau boleh la buat, orang lain bukan macam kau…”

Aku cuma senyum.

Sebab kalau kau nampak aku hari ni dan terus fikir aku datang dari “point of privilege”, mungkin kau kena check balik. Betul ke aku start dari situ?

Aku bukan lahir terus senang. Aku cuma tak berhenti usaha, walaupun masa tu orang pandang enteng. Aku tak tunggu ada platform untuk mula bantu orang lain. Aku bina sendiri platform tu dengan partner2 aku, brick by brick, year after year.

Privilege bukan tempat kau bermula. Privilege ialah bila kau dah lalui jalan susah, tapi masih pilih untuk bantu orang lain yang tengah mula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *