Tahun lepas ada jumpa seorang klien yang kerja cikgu. Dia contact thru FB dan bagitau nak tahu lebih lanjut pasal servis financial planning.
Kita pun set discovery session. Lepas dia dengar semua tu, dia cakap nanti saya get back to En Rafiq.
Lepas tu tak dengar apa2 dari dia untuk beberapa bulan.
Tapi bulan 6/7 tahun lepas dia mesej balik, dia calap slot ada lagi tak. Saya cakap ada jer. Dia bagitau dia ready nak engage. So macam biasa kita keluarkan agreement, dan lepas dia sign, invoice keluar dan dia buat payment.
Masa fact finding, satu benda yang saya terkejut adalah dia kerja sebagai cikgu dan tiap2 hari dia ulang alik dari Seremban ke Segamat. Kenapa dia buat macam tu, sebab dah beli rumah dekat Seremban dan isteri kerja dekat Seremban. Jadi sebagai ketua keluarga, dia beralah dan buat kerja yang separuh gila (pada saya).
Dia bagitau, pagi2 kena gerak keluar pukul 5 pagi. Lepas tu berhenti dekat R&R utk solat subuh. Lepas tu sambung sampai sekolah dalam 715 pagi macam tu. Kalau tak hujan, lega lah. Kalau hujan, seksa juga (dia bawak motor). Balik pulak, tengok lah. Kalau takde kerja lebih masa, lepas pkl 2 gerak balik. Sampai rumah lepas Asar selalunya.
Nak apply pindah sekolah, kena tunggu cukup tahun perkhidmatan, jadi kena tadah lah sementara tu.
Tapi tak bermaksud, kewangan dia tak boleh buat apa2. Masa fact finding, negative dalam RM 1k++ mainly jadi lepas beli rumah. Tapi lepas review belanja, consolidate hutang, monthly dia jadi positive nak dekat RM 1k. Tapi biasa lah masa takde simpanan kecemasan, macam2 lah jadi, mcm motor rosak lah, rumah kena repair lah dan mcm2 lagi. Jadi duit yang cuba disimpan tu asyik kena pakai jer.
Tapi paling penting tak tambah hutang baru.
Tu antara cerita pelik tapi benar yang saya dengar bila jadi financial planner ni. Kepada siapa2 yang terpaksa bersusah payah kerja (yang lain dari yang lain) untuk mencari rezeki yang halal, saya doakan supaya Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan seharian korang semua.
