Pagi tadi saya jumpa seorang klien lama untuk sesi annual review.
Saya kenal dia sejak 2021, masa tu tengah MCO. Dia baru sahaja kehilangan suami, dan datang sebab kawan dia refer dekat saya. Niat asal dia nak set up waqf fund guna sebahagian daripada harta pusaka arwah. Tapi lepas sesi discovery, dia terus buat keputusan nak engage untuk full financial planning sebab dia nak tahu macam mana nak uruskan kewangan dia dengan lagi baik supaya boleh capai financial freedom.
Tiga tahun kemudian, banyak yang dah berubah. Dia dah capai financial freedom lebih dari 2 tahun dah. Dia enjoy kehidupun dia lepas dah tak perlu bekerja. Fokus banyak kepada explore hobby baru, macam memasak, baking, menjahit, main muzik dan macam-macam lagi. Dia juga dah berkahwin semula, dan kali ni dia nak include suami barunya dalam engagement.
Waktu saya tanya,
“Comfortable ke nak share semua data kewangan dengan suami?”
Dia jawab, sambil senyum,
“Saya memang transparent. Suami tahu saya financially independent, cuma dia tak tahu semua details. So tak kisah pun nak share dengan dia”
Dan dari situ saya teringat satu hakikat penting iaitu bila hidup berubah, pelan kewangan pun akan berubah. Dulu dia single, dan memang dah capai matlamat kewangan dia, tapi sekarang, keadaan dia dah berubah, kerana dia telah berkahwin semula.
Walaupun dia dah capai financial freedom, bila ada pasangan baru, tempat tinggal baru, dan mungkin negara baru, semua tu akan ada impak kepada cara kita perlu susun strategi kewangan.
Lebih-lebih lagi bila negara tempat suaminya bekerja sekarang kenakan cukai ke atas worldwide income dan capital gains, sesuatu yang Malaysia tak ada.
Kalau mereka pilih untuk menetap di sana untuk bersara nanti, dividen dan pelaburan yang dulu bebas cukai di Malaysia, mungkin nanti akan dikenakan cukai.
Sekarang ni belum ada keputusan lagi, tapi di sinilah peranan financial planner, bukannya tunggu bila dah berlaku baru nak rancang, tapi bantu klien nampak apa yang ada di sebalik simpang seterusnya.
Sebab setiap perubahan hidup, perlukan pelan yang segar untuk menyesuaikan arah baru.
