Seriously, lately saya banyak terfikir pasal financial paradox ni. Selama ni kita fikir — kalau gaji besar, automatik kita akan jadi kaya dan selamat. Tapi realitinya tak semudah tu.
Sebab tu, buat duit bukan skill paling penting.
Yang jauh lebih penting ialah cara kita simpan, urus, dan kawal tingkah laku kewangan sendiri.
Tengok dua cerita ni:
Si Genius Pelabur – Jesse Livermore
Legend dalam dunia trading. Buat duit berbilion (nilai sekarang!) masa market crash tahun 1929.
Dia memang hebat dalam offense — buat duit.
Tapi sebab ego dan tak reti berhenti ambil risiko, akhirnya dia hilang semua… dan tamat dengan kisah yang tragik.
The Successful Doctor
Saya pernah jumpa klien ni pada 2018. Gaji besar, kerja stabil. Bangga dapat hantar ketiga-tiga anak belajar di luar negara. Tapi bila bersara, selepas jual rumah — dia hanya tinggal sekitar $500,000. Tak ada pencen, tak ada passive income. Lepas bersara, hidup berjimat dan bergantung pada anak-anak. Bukan macam tu dia bayangkan retirement dia dulu.
Nampak tak?
Dia bukan gagal cari rezeki, tapi gagal urus nafsu.
Gaya hidup dia berkembang seiring dengan pendapatan — sampai tiada ruang selamat bila masa berubah.
Macam Morgan Housel tulis dalam The Psychology of Money —
> “Skill untuk Dapat Duit (berani, optimistik) adalah berlawanan dengan skill untuk Kekal Kaya (rendah diri, berhati-hati, dan sedikit paranoid).
Main lesson:
Jangan korbankan masa depan hanya untuk nampak hebat hari ini. Matlamat kewangan kita bukan untuk look rich — tapi untuk be unbreakable.
Akhirnya, ketenangan fikiran (peace of mind) ialah pulangan paling tinggi dalam hidup.
Jom kita fokus pada disiplin, bukan hanya pendapatan. ![]()
