rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Aku akan pilih orang yang tak minum” – Dan Martell

Seminggu dua ni ramai yang bincang pasal isu alkohol di majlis rasmi kerajaan.

Macam-macam pandangan ada yang kaitkan dengan protokol (yang ni aku ada personal experience sebab aku kerja agensi kerajaan, memang takleh, even claims entertainment takleh ada alcoholic drinks), ada yang sentuh hak individu, ada yang bahas dari sudut budaya.

Aku tak nak masuk bahagian tu. Ramai dah sentuh.

Cuma bila dengar balik video Dan Martell baru-baru ni, aku rasa mesej dia lagi menarik untuk kita fikir.

Dan Martell ni seorang usahawan, pelabur, dan jurulatih bisnes dari Kanada. Dia pernah kongsi,

“Kalau kau nak berjaya awal dalam hidup, terutamanya masa umur 20-an, satu benda yang kau boleh buat untuk dapat kelebihan — buang alkohol daripada hidup kau.”

Dia cakap, kalau dia perlu pilih antara dua orang,

satu yang minum, satu yang tak minum. Dia akan pilih yang tak minum. Which pelik untuk aku sebab dia kan non muslim.

Sebab bagi dia, orang yang boleh kawal diri untuk tak minum dah tunjuk satu perkara penting: disiplin dan kesedaran diri.

Alkohol mungkin bagi rasa “lega” sekejap, tapi sebenarnya dia ambil benda yang jauh lebih berharga iaitu fokus, tenaga, dan kejelasan fikiran.

Dan bila kita muda, tiga benda tu lah yang paling penting. Bukan sebab kita nak jadi “perfect”, tapi sebab masa tu lah kita tengah bina asas hidup kita.

Kalau tengok dari sudut kewangan pun, kesannya bukan kecil.

Pertama, dari segi perlindungan takaful ataupun insurans, mungkin caruman akan naik kalau declare minum dan mungkin kena reject juga dari coverage.

Kedua, kos sara hidup. Minuman beralkohol bukan murah malah lebih mahal daripada kopi di kafe. Kalau ada orang boleh bagi advice jangan minum kopi mahal kalau nak financial freedom, benefit dia jauh lagi besar kalau tak minum alcohol.

Ketiga, bila seseorang keluar minum, dia tak boleh pandu kereta. Kalau tetap pandu dan berlaku kemalangan, saman, kehilangan harta benda — atau lebih teruk, kehilangan nyawa — semua tu akhirnya kos kewangan yang jauh lebih tinggi daripada harga segelas minuman.

Kadang-kadang, kejayaan bukan datang daripada apa yang kita tambah, tapi daripada apa yang kita buang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *