rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Rule of 78 Dihapuskan. “Kita Dah Menang?” — Betul ke?

Dalam beberapa hari ni, banyak tajuk yang muncul — “kita dah menang”, “bank akan kurang untung”, “akhirnya keadilan untuk pengguna” — selepas Bank Negara Malaysia umum penghapusan Rule of 78.

Sebagai seorang financial planner, saya sokong penuh langkah ni. Ia langkah yang baik dan wajar. Tapi… betul ke kita dah menang? Betul ke bank akan rugi?

Saya tak rasa begitu.
Sebab dalam pengurusan kewangan, psikologi lebih kuat daripada logik.

Kita pernah nampak benda yang sama sebelum ni.
Bila OPR turun, apa jadi?
Installment jadi rendah — tapi bukannya lebih ramai orang cepat habiskan hutang.
Sebaliknya, ramai tambah hutang baru, tambah belanja baru.

Bila tempoh pinjaman rumah dilanjutkan dari 30 ke 35, dan kini 40 tahun, apa jadi?
Monthly memang nampak lebih rendah — tapi harga rumah naik, dan jumlah hutang individu makin meningkat.

Jadi persoalannya — dengan penghapusan Rule of 78 ni, adakah orang akan jadi lebih berhemah buat hutang?
Secara jujurnya — saya rasa tak juga.

Majoriti masih akan tengok satu benda je — monthly installment.
Dan bila jumlah bulanan tu nampak lagi “mampu”, ramai akan rasa lebih yakin untuk buat hutang baru.

Peraturan boleh ubah sistem.
Tapi mindset yang ubah hasil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *