rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Main bola takde goal – best ke?

Boleh lah buat drills, passing sana sini… tapi kalau bukan pemain profesional, lama-lama korang akan bosan juga.

Cuba bayangkan tengok kat TV – Man U lawan Arsenal. Diaorang main kejar-kejar bola, passing sesama sendiri… tapi takde gol langsung.

Macam mana nak tahu siapa menang? Apa objektif diaorang main? Apa sebab kita nak tengok?

Sama juga dengan perancangan kewangan.

Kalau hidup takde goal, sama lah macam main bola takde gol.

Kerja → dapat duit → belanja semua → tunggu gaji seterusnya masuk.

Sampai bersara.

Anak nak masuk universiti → takde duit → buat press conference, minta derma.

Nak pergi haji → tak pergi → atau minta derma.

Nak bersara → duit tak cukup → harapkan anak-anak tanggung (kalau diaorang mampu).

Bila ada goal, kita akan mula:

– Buat budget

– Simpan & labur duit supaya dia pun kerja keras untuk kita

– Ambil takaful untuk lindung diri & keluarga

– Sediakan perancangan harta pusaka

Semua ni jadi sebab kita tahu ke mana kita nak pergi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *