Kereta pertama saya dekat Malaysia, Perodua Kelisa. Beli tahun 2004, pakai sampai 17 tahun. Memang salah satu pembelian terbaik dalam hidup saya. Siapa-siapa yang kenal saya, memang tahu saya pengguna tegar kereta Perodua sebab generally saya takde apa-apa main isu dengan kereta-kereta dia.
Sepanjang 21 tahun saya bawa kereta (dari 2004 sampai sekarang), sekali je kena panggil tow truck — itu pun sebab alternator rosak. Rezeki kot… tapi bila fikir balik, mungkin juga sebab saya tak pernah miss regular maintenance dan selalu hantar kereta pergi Perodua Service Centre.
Saya pernah cuba sekali je kereta continental – Ford Escape (ambil daripada kakak sebab dia nak upgrade kereta). Terus terang, sekali seumur hidup je la. Serik nak maintain, memang mahal. Lepas tu confirm stick balik pada Perodua.
Sejak 2006 sampai sekarang, saya hantar kereta ke Perodua Service Centre USJ 19. Service dia tip top, takde benda nak complain pun. Ada dua benda saya paling suka:
- Rekod lengkap dalam sistem.Semua benda yang pernah tukar, pernah servis, bila last buat — semua ada dalam sistem. Jadi bila saya datang untuk inspection, diaorang boleh terus bagitau apa yang perlu dibuat sekarang dan apa yang boleh tunggu.
- Penjelasan jelas.Technician akan explain condition kereta, lepas tu saya decide nak buat ke tak. Contohnya pasal tayar. Saya terkejut bila sedar tayar Perodua Aruz saya dah lebih 3 tahun tak tukar awal tahun lepas. Tapi technician cakap, untuk city driving masih okay, cuma kalau nak travel jauh kena tukar. Akhirnya saya tukar bila cukup 4 tahun, sebab memang nak guna untuk balik utara hujung tahun tu.
Peace of mind. Itu yang saya dapat. Saya tahu kereta saya dalam keadaan baik sebab ada orang yang memang pakar jaga dan bagi pandangan berdasarkan data + pengalaman.
🟢 Apa kaitan dengan financial planning?
Konsep dia sama.
Sebagai financial planner, saya kumpul data klien, analisa, dan bagi cadangan apa yang perlu dibuat. Tapi keputusan tetap di tangan klien — sama macam saya decide nak tukar tayar atau tidak.
Dan macam servis kereta, financial planning bukan sekali jalan.
Ia proses yang berterusan. Ada regular meeting untuk review keadaan semasa.Ada masa kena review portfolio pelaburan, kena rebalance ke, switching ke. Ada masa kena review polisi-polisi perlindungan, terlebih ke terkurang. Ada masa kena review balik aliran tunai, ada tak lagi benda yang boleh di tambahbaik lagi. Ada masa kena juga review perancangan harta pusaka, ada benda yang kena update / tukar ke tak.
Kalau ada isu atau kecemasan kewangan, klien pun boleh rujuk dengan saya bila-bila masa. Saya akan analisa situasi tersebut berdasarkan semua maklumat yang saya ada sebelum bagi jalan penyelesaian yang terbaik untuk klien-klien saya.
Dan sama juga macam kereta → kalau tunggu rosak baru nak repair, kos akan jadi lebih tinggi. Bukan setakat duit kena keluar lebih, tapi kereta pun hilang upaya nak guna. Jadi kena sewa kereta atau naik public transport.
Dengan kewangan pun begitu. Kalau kita biarkan sampai jadi krisis baru nak betulkan, kesannya lebih berat. Tapi kalau sebelum apa-apa jadi kita manage betul-betul, insyaAllah impact dia boleh dikawal.
Akhirnya, sama macam saya ada peace of mind bila bawa kereta selepas servis di Perodua, saya nak klien saya pun ada peace of mind bila uruskan kewangan mereka bersama saya.
💸 Kita ni group yang mana? Yang suka regular maintenance atau yang jenis suka run to failure?
