📖 Bila tengok buku bank, pernah terkejut beruk?
Saya pernah…
Masa tu zaman masih kena guna buku bank untuk bawak keluar duit dekat kaunter (ye, geng Gen X mesti tahu 😅). Saya jarang sangat update buku sebab asyik guna ATM, jadi sekali tu bila pergi kaunter Maybank, buku bank saya dah 7 tahun tak berupdate.
Bila staf update, dia tak print satu-satu transaksi. Dia terus print dua line je:
- Credit masuk: RM 1,930,056.05
- Debit keluar: RM 1,928,951.33
Terkejut. Rupanya dalam masa 7 tahun, ada hampir RM 1.9 juta duit yang masuk akaun saya (gaji, dividen dan sebagainya)… tapi dalam masa yang sama, hampir RM 1.9 juta jugak yang keluar. Berapa yang di simpan, selain dari EPF? Biarlah rahsia.
👉 Masa tu baru betul-betul nampak betapa banyak duit lalu tangan kita, tapi bila tak monitor, tak rasa pun.
Kenapa saya nak cerita benda ni? Sebab weekend ni kemaskan stor dekat rumah. Masa kemas tu terjumpa lah buku bank akaun yang lama. Bila belek-belek, ternampak lah transaksi yang saya cakap dekat atas tu dan teringat reaksi yang terjadi masa tu.
Sebab tu, saya terfikir balik, berapa ramai dari kita sedar kita punya potential earnings? Iaitu pendapatan yang kita boleh dapat, tak kisah dengan berniaga ataupun makan gaji.
💡 Cuba buat kira-kira mudah tentang potential earnings.
Katakan kita mula kerja dengan gaji RM 2,000.
Kalau gaji naik 3% setahun, dalam 30 tahun:
- Jumlah duit gaji yang kita pernah pegang: RM 1.141 juta
- Campur EPF kita + majikan: ~RM 620,000
- Total duit yang kita pernah “lalui tangan”: RM 1.75 juta
Kalau mula gaji RM 2,500, jumlah tu jadi lebih besar:
- Gaji sepanjang 30 tahun: RM 1.427 juta
- EPF kita + majikan: ~RM 775,000
- Total: lebih 2 juta!
Kalau gaji lebih tinggi? Lagi banyak lah.
Tapi inilah persoalannya.
Kalau gaji RM 2,000, tiap bulan kita belanja habis (tak ada hutang sekalipun), selepas 30 tahun kita masih ada simpanan asas EPF RM 620k.
Kalau rajin sikit, simpan RM 100 sebulan dalam ASB selama 30 tahun, boleh dapat lebih kurang RM 82,000 tambahan.
Jadi total simpanan persaraan kita jadi ~RM 720,000.
Itu pun dah 3 kali ganda lebih tinggi dari kadar simpanan asas EPF.
Dan kalau biarkan duit tu dalam EPF, dengan purata pulangan 5.5% setahun:
- Duit tu boleh bagi kita ~RM 39,600 setahun
- Atau ~RM 3,300 sebulan
👉 Tanpa usik pokok.
Moral of the story:
- Kita mungkin rasa gaji kita kecil, tapi bila campur 30 tahun, jumlahnya tetap juta-juta.
- Bezanya ialah berapa yang kita pilih untuk simpan, bukan semata-mata berapa yang kita dapat.
- Kalau tak monitor, duit tu akan lalu begitu sahaja — masuk, keluar, dan hilang jejaknya.
💬 Soalan untuk kita semua:
Kalau anda kira balik, berapa juta agaknya dah pernah “lalu tangan” anda setakat ni, dan berapa yang masih tinggal?
