Dapat request dari klien untuk bagi pandangan pasal kes viral baru-baru ni.
Seorang guru tergamak kelar isteri kerana tertekan dengan hutang – pinjaman bank untuk pelaburan saham, ditambah ansuran barangan e-dagang.
Ada satu ayat dalam English yang saya terbaca di media sosial, sangat kena dengan keadaan ini:
👉 “Poverty doesn’t just take away your money. It takes away your dignity, choices, happiness, and self-esteem. It can even take away your life.”
Kemiskinan dan hutang bukan sekadar soal duit.
Ia boleh merampas maruah, pilihan, kebahagiaan, malah keyakinan diri.
Hari ini kita sambut Hari Kemerdekaan. Ramai akan bercakap pasal financial freedom – merdeka daripada masalah kewangan. Tapi sebelum sampai ke tahap itu, kita kena mula dengan langkah pertama: muhasabah diri.
Kalau kita ada masalah kewangan, jangan simpan sendiri.
🔹 Dapatkan bantuan, sama ada bimbingan kewangan, kaunseling, atau sokongan emosi daripada orang sekeliling.
🔹 Kalau ada masalah hutang, boleh terus hubungi AKPK – mereka sediakan khidmat nasihat dan pelan pembayaran hutang secara PERCUMA.
🔹 Kalau keadaan lebih terdesak, pergi ke pusat zakat negeri. Salah satu kategori asnaf adalah gharimin (أصحاب الغارمين) – iaitu golongan Islam yang berhutang dan tidak mampu bayar akibat kesempitan hidup atau untuk tujuan kebaikan. Mereka memang layak menerima bantuan zakat untuk melunaskan beban hutang.
Kesedaran ini penting kerana:
▪️ Hutang bukan angka semata-mata – ia beban psikologi yang boleh menghimpit perlahan-lahan.
▪️ Pinjaman untuk pelaburan berisiko tinggi – kalau rugi, hutang tetap kena bayar.
▪️ Ansuran kecil-kecil yang nampak ringan – bila terkumpul, ia boleh jadi beban besar.
▪️ Tekanan kewangan yang tidak ditangani – boleh runtuhkan hubungan, keluarga, malah hidup itu sendiri.
Kemiskinan dan hutang memang boleh meragut banyak perkara.
Tapi ia tak sepatutnya meragut nyawa.
Selamat Hari Merdeka 🇲🇾
Moga kita semua bukan saja merdeka sebagai sebuah negara, tetapi juga merdeka daripada beban kewangan yang menghimpit diri.
