rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Unsolicited Advice – Bahaya Nasihat Separuh Masak

Baru-baru ni ada terbaca kisah seorang suami, tengah jaga isteri dekat hospital. Dia perasan ada seorang ibu muda yang sakit cancer. Datanglah beberapa orang “pelawat” yang bagi nasihat — “tak payah rawat hospital, cuba ubat kampung je…”

Beberapa bulan kemudian, ibu muda tu masuk hospital balik. Tapi kali ni keadaannya jauh lebih teruk berbanding sebelum ni. Dan orang yang dulu sibuk bagi nasihat? Tak nampak pun dah.

Minggu ni pula saya jumpa seorang klien bisnes owner yang dah lebih 3 tahun engage dengan saya. Memang saya dah kenal dalam luar keadaan kewangan bisnes dia.

Meeting sebelum ni, dia ada tanya pasal kos delivery kereta (bisnes dia kereta sewa). Saya bagi suggestion yang saya tahu sesuai dengan cashflow & operasi dia.

Tapi masa jumpa baru ni, revenue dia drop banyak — 50% dari bulan lepas, dan 33% bawah average bulanan. Bila tanya, rupanya dia ubah sales SOP ikut cadangan kawan usahawan lain.

Hasilnya, closing rate turun dari 4/5 leads jadi 1/5 leads. Memang kos delivery turun… tapi revenue pun jatuh sama. Kalau ikut cadangan saya sebelum ni, revenue maintain, kos saja yang turun RM3k–5k.

Saya ingatkan dia: tak salah sembang dengan kawan-kawan usahawan. Tapi kena faham, bila kita tanya orang, kita cuma cerita sebahagian kecil daripada masalah. Mereka bagi cadangan ikut cerita tu — bukan ikut keseluruhan gambar sebenar. Dan memang bukan kerja mereka nak analisa semua detail bisnes kita.

Perkara sama juga untuk kewangan peribadi. Ramai baca tips dekat social media — “buat ni”, “jangan buat tu”. Tapi kebanyakannya general. Mungkin sesuai untuk orang lain, tapi tak sesuai untuk situasi kita.

Sebab tu sebelum ikut mana-mana nasihat, fikir dulu:
🔹 Sesuai tak dengan keadaan sebenar saya?
🔹 Apa impak keseluruhan, bukan setakat satu sudut?
🔹 Kalau silap langkah, siapa tanggung akibat?

Niat orang bagi nasihat biasanya baik. Tapi unsolicited advice tanpa kefahaman menyeluruh boleh jadi lebih memudaratkan daripada membantu.

👉 Nasihat yang betul, pada masa yang salah, untuk orang yang salah — boleh jadi racun.

Bila melibatkan bisnes dan kewangan, jangan cari nasihat yang nampak sedap didengar, cari nasihat yang sesuai dengan keadaan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *