Saya sendiri sebenarnya tak tahu detail keadaan kewangan isteri saya. Tapi untuk apa-apa keputusan besar berkaitan kewangan, memang kami akan discuss sama-sama. Sebab keputusan tu ada impak keluarga, bukan saya seorang.
Contohnya, bila bab travel. Setiap tahun saya akan tetapkan bajet. Lepas tu saya bagitahu wife:
βIni bajet. Nak guna untuk satu trip besar atau beberapa trip kecil setahun, pandai-pandai lah manage.β
Saya juga bagi supplementary card untuk dia uruskan keperluan keluarga β isi minyak, groceries, tol, makan minum.
Walaupun duit banyak datang daripada saya, tapi keputusan tetap dibuat bersama.
Dari pengalaman saya uruskan klien, saya nampak banyak pasangan yang saling melengkapi:
π¨β𦱠Suami cover benda asas β rumah, pengangkutan, pendidikan, makan minum.
π©βπ¦° Isteri pula fokus pada kehendak keluarga β travelling, kelas tambahan, aktiviti anak-anak, dan juga simpanan/pelaburan.
Tapi ada juga kes yang lebih rumit.
π Ada seorang suami ada masalah hutang. Isteri dia mampu nak tolong, tapi dia taknak bantu. Kenapa? Sebab rupanya si suami kahwin dua senyap-senyap. Isteri pertama taknak lah mudahkan hidup baru dia dengan βbini mudaβ. Lepas dia bercerai dengan isteri kedua, barulah isteri pertama ok nak tolong betulkan kewangan dia.
π Ada juga seorang suami lain yang datang seorang. Bila saya cadangkan ajak isteri join, dia jawab:
βNak betulkan kewangan saya dulu. Saya taknak nampak macam ambil kesempatan guna duit isteri untuk cover masalah kewangan saya.β
π Dari semua pengalaman ni, saya belajar satu benda penting: urusan kewangan dalam keluarga bukan sekadar kira angka. Ia tentang trust, transparency, dan shared goals.
π‘ Bagi saya, kuncinya bukan siapa ada lebih banyak duit. Tapi bagaimana pasangan communicate, align impian, dan buat keputusan bersama. Itulah yang akan buat keluarga lebih kukuh. πΈ
