Ramai orang ingat bila ada kerja tetap, gaji stabil, hidup akan jadi senang. Hakikatnya, walaupun gaji naik setiap tahun, ramai masih rasa tersepit. Kenapa? Sebab sistem memang “set up” supaya orang biasa terus berhutang, terus berbelanja, terus membayar.
💳 Bank
Bank bukan kawan kita. Model bisnes bank jelas — mereka buat duit bila kita berhutang. Saya pernah ada klien yang ambil personal loan untuk “settle” hutang rumah, sebab kadar keuntungan nampak lebih rendah berbanding housing loan. Masalahnya, personal loan tenure jauh lebih pendek, jadi bayaran bulanan dia jadi lebih tinggi. Cashflow terus negatif, duit belanja bulanan tak cukup. Akhirnya, dia terpaksa swipe kad kredit untuk tampung perbelanjaan — dan hutang baru pun mula bertambah. Niat asal nak “bijak” urus hutang, tapi sebenarnya makin terperangkap dengan sistem.
🏢 Korporat
Korporat besar pula takkan pernah berhenti cari jalan untuk buat kita buka dompet. Tengok je iklan sekarang — “Buy Now, Pay Later”, diskaun palsu, free gift, lifestyle branding. Mereka ada team penuh pakar marketing, MBA, psychologist semua untuk faham kelemahan kita sebagai manusia. Contoh simple, berapa ramai yang beli telefon baru padahal telefon lama masih elok? Itu bukan sebab kita perlukan, tapi sebab kita dah kena main dengan naratif “kau tak up-to-date kalau tak ada model terbaru.”
💰 Kerajaan
Bila masuk bab cukai, kerajaan pula untung bila rakyat tak celik kewangan. Ada yang sampai sekarang tak nak simpan atau labur dalam PRS / SSPN sebab rasa rugi. Dia cakap, “letak dalam ASB lagi untung.” Padahal tujuan PRS / SSPN bukan semata-mata pulangan, tapi tax relief yang boleh kurangkan cukai.
Tu belum kira lagi yang bayar zakat 100% (lebih dari wajib) dengan alasan “tak nak bayar cukai langsung.” Akhirnya rugi dua kali — sebab tax relief tak dapat, cukai tetap kena bayar ikut pengiraan LHDN.
Ada juga yang fikir “buat side hustle takyah declare pendapatan.” Last-last kena audit, lepas tu kena penalti, lepas tu melalak dekat media sosial kata LHDN kejam. Hakikatnya, salah sendiri sebab tak faham permainan cukai.
🕵️ Scammer
Dan jangan lupa, scammer pun kaya raya bila orang tak celik kewangan. Hampir tiap-tiap minggu ada orang mesej saya atau WVA tanya pasal skim pelaburan pelik-pelik yang mereka diajak masuk. Ada yang bernasib baik, sempat tanya dulu sebelum melabur. Tapi ada juga yang kurang celik, dah labur berpuluh ribu, baru sedar itu scam. Bila duit dah lebur, barulah menyesal.
Dan kita pula? Kita jugalah yang struggle nak hidup.
💸 Gaji masuk pagi, tengah hari dah habis bayar hutang dan bil.
💸 Setiap bulan kena catu perbelanjaan — nak belanja lebih sikit pun rasa berdosa.
💸 Buat side hustle sampai penat, balik rumah stress, cepat marah-marah kat pasangan & anak.
💸 Esok pagi masuk ofis, mood hancur, tak boleh fokus kerja sebab otak asyik fikir hutang, duit tak cukup.
Realitinya: bila kita tak celik kewangan, orang lain makin kaya. Kita pula makin penat.
📌 Jadi macam mana?
Jangan marah sistem — sistem memang dibina macam tu.
Kalau kita nak menang, kita kena celik kewangan. Kita kena belajar main ikut rule, bukan main ikut emosi.
Hidup ini lebih daripada sekadar bayar hutang setiap bulan. Tapi kalau kita tak ubah cara fikir & cara urus duit, selamanya kita akan jadi “produk” dalam game orang lain.
