Bila tengok apa-apa advice kewangan dekat social media, kita kena faham macam mana nak apply pada diri sendiri. Konsep yang biasa orang share ni datang dari FIRE (Financial Independence, Retire Early). Bukannya tak boleh pakai, tapi tak cukup lengkap. Contoh, ada ternampak dekat media sosial the following advice.
Step 1 – Kira monthly expenses
Step 2 – Darab expenses dengan 12 = annual expenses
Step 3 – Darab annual expenses dengan 25 = “retirement number”
📌 Contoh: RM 60k setahun → RM 1.5 juta
Step 4 – Buka akaun mutual fund / unit trust
Step 5 – Mula contribute secara konsisten
Step 6 – Laburkan duit dalam akaun tu
Step 7 – Capai target nombor
Step 8 – Kerja jadi optional
Step 9 – Keluarkan 4% setahun untuk belanja
Step 10 – Hidup dari investment selama-lamanya
Nampak mudah kan? Tapi betul ke boleh ikut 100%? Kalau ikut konsep perancangan kewangan, banyak benda yang dia dah remove dalam advice ni. So, jom rombak balik 10 steps dia:
Step 1 – Kira monthly expenses dengan betul
👉 Jangan ambil expenses umur 25 tahun dan assume sampai pencen sama je.
👉 Project berapa belanja masa umur nak bersara.
👉 Masuk semua kos – rumah, makanan, lifestyle, medical, travel, sedekah/zakat.
Step 2 – Convert ke annual expenses
👉 Expenses bulanan × 12 = annual expenses.
👉 Contoh: RM 5,000 × 12 = RM 60,000 setahun.
Step 3 – Tentukan “retirement number” ikut inflation adjusted return
👉 Bukan sekadar 25× expenses.
👉 Formula mudah:
(Expected return – Inflation – Zakat [jika Muslim]) = Inflation adjusted return.
👉 Contoh: Return 6% – Inflation 3% – Zakat 2.5% = 0.5%.
👉 Retirement number = Annual expenses ÷ Adjusted return.
📌 RM 60k ÷ 2% = RM 3 juta (simplified).
Step 4 – Pilih instrument pelaburan
👉 Tak semestinya mutual fund saja.
👉 Diversify ikut risiko: EPF, ASB, Tabung Haji, Unit Trust, ETF, REITs, Gold, P2P, ECF, Crypto.
Step 5 – Tentukan tempoh masa & target umur
👉 Nak pencen umur 40, 45, 50 atau 55?
👉 Lagi pendek masa, lagi tinggi amount bulanan yang kena simpan/labur.
Step 6 – Kira monthly savings/investment yang perlu
👉 Contoh: Target RM 3 juta dalam 20 tahun dengan return 6%.
👉 Kena simpan lebih kurang RM 6,500 sebulan.
👉 Realiti: Mampu ke?
Step 7 – Contribute secara konsisten
👉 Automate savings kalau boleh. Jangan tunggu “ada lebih baru simpan”.
Step 8 – Review & rebalance portfolio
👉 Market berubah, inflasi berubah, income pun berubah.
👉 At least review setahun sekali.
Step 9 – Sediakan medical & emergency buffer
👉 Healthcare inflation sangat tinggi. Kena juga ambil pelan medikal supaya duit persaraan kita tak habis dekat belanja perubatan nanti.
👉 Jangan assume retirement fund cukup cover tanpa medical plan/dana khas. Jangan lupa juga matlamat lain macam nak pergi Haji, pendidikan anak dan yang lain-lain.
Step 10 – Bila capai nombor, kerja jadi optional
👉 Tapi realiti, ramai masih kerja sebab minat/aktiviti sosial.
👉 Financial freedom = pilihan, bukan berhenti kerja semata-mata.
💡 Nampak tak beza dia? Kalau ikut “10 langkah social media”, semua orang target RM 1.5 juta je. Tapi bila adjust ikut realiti Malaysia, inflation & zakat, target sebenar boleh jadi RM 3 juta atau lebih.
👉 Moral of the story: nasihat umum boleh jadi benchmark, tapi retirement planning mesti ikut keadaan kita sendiri.
