Saya ada ternampak satu screenshot baru-baru ni yang menyatakan:
U think mnusia dok PPR tu sengkek ke? X berduit or x berkerjaya ke?
Eh kemon lahhh, outside flat, inside condo lah bhaiiii.
Bersepah Merz, X50, 70, BM, BYD, Chery, yg turbo, yg kuasa kuda, yg tggl nk psg sayap enjin kete tu melambakk.
Sgala brand nenek tok yang canggih kt situ. Bersepah parked tepi.
Yg dok PPR ade jer spend and poket T20 😂 aset outside.Aku PPR Bandar Tun Razak, Cheras.
Bila baca posting ni, saya terfikir…
Ini mungkin contoh ambil peluang yang sepatutnya untuk orang lain. Tapi saya andaikan ramai yang duduk situ di bawah skim PPR Sewa dan bukan PPR Milik. Kalau PPR Milik, then rumah tu memang dah hak dia (ke ada juga regulations yang dia kena let go rumah tu bila dah mampu?)
Kalau tengok laman web KPKT, sewa bulanan PPR Sewa hanyalah sekitar RM124 sebulan, lengkap 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
Saya tak pasti dari segi undang-undang salah atau tidak kalau seseorang yang mampu beli kereta mewah masih tinggal di PPR.
Tapi dari segi moral, ia memang mengambil tempat orang lain — sebab tujuan asal PPR adalah untuk membantu golongan B40 yang berpendapatan kasar isi rumah kurang RM3,000 sebulan, belum memiliki rumah, dan betul-betul memerlukan tempat tinggal.
Ye lah, kalau gaji seisi rumah kurang RM 3,000, kalau kos tempat tinggal dalam RM 124 sebulan, memang akan banyak dapat membantu keluarga tu teruskan kehidupan diaorang tiap2 bulan.
Bila yang duduk tu dah mampu beli kereta ratus ribu, hidup selesa, ada aset luar, ia bermakna ada keluarga lain yang betul-betul susah terpaksa tunggu lebih lama untuk dapat peluang yang sama.
Dan di sinilah masuknya kata orang putih:
“Money doesn’t change you, it amplifies you.”
Kalau kita pemurah, duit buat kita lebih memberi.
Kalau kita berhati-hati, duit buat kita lebih bijak merancang.
Kalau kita boros dan suka menunjuk, duit buat kita lebih laju berbelanja.
Sebab tu masa terbaik nak bina tabiat kewangan yang sihat adalah sebelum duit banyak masuk, bukan selepas.
Duit tak beli kebijaksanaan — tapi kalau kita biar, dia boleh besarkan kebodohan.
Orang putih juga cakap, “Money doesn’t buy you class.”
Walaupun duit banyak dan mampu beli kereta mahal, tapi kalau pergi berlagak tak kena tempat, itu bukan kaya… itu kurang adab.
