Tadi saya ternampak satu meme dekat FB:
Datuk Aliff Syukri RM 1 juta dalam 2 minit 32 saat.
Khairul Aming RM 1 juta dalam 30 saat.
Kita? Gaji basic RM 1,700 umur 30 tahun.
Terfikir juga, kenapa ada orang buat meme tu? Apa yang nak disampaikan? Tapi sebab tak tahu siapa yang buat, kita buat ulasan kita sendiri berdasarkan apa yang kita faham lah kan.
Pertama sekali… kenapa nak banding?
Diaorang buat bisnes, kita makan gaji.
Risiko yang diaorang ambik, tak sama dengan apa yang kita ambik. Usaha? Takyah cakap lah.
Diaorang dah mendaki sampai puncak gunung, kita mungkin baru pandang dari kaki bukit.
Hasil memang tak akan sama.
Kedua… RM 1 juta tu adalah sales, bukan untung bersih.
Kos bahan mentah, marketing, pekerja, sewa, kilang… semua tu belum tolak lagi. campur lagi duit kena bayar zakat, kena bayar dekat LHDN.
Saya ada klien yang capai sales RM 300,000 sebulan — tapi cashflow masih negatif setiap bulan. Saya tak cakap DAS dengan KA cashflow negatif ya, cuma sales tu tak sama dengan duit yang diaorang dapat pegang nanti.
Tak semua yang nampak besar di luar tu besar juga di tangan.
Ketiga… dari sudut motivasi.
Kalau umur 30 masih gaji minimum, kena berhenti sekejap dan tanya — kenapa?
Kalau dah kerja 6–8 tahun tapi gaji tak gerak, mungkin:
- Ada yang tak kena dengan syarikat kita.
- Atau ada yang tak kena dengan diri kita sendiri.
Bila tengok orang berjaya, doakan supaya dia terus berjaya.
Supaya dia boleh terus tolong orang sekeliling dia.
Pada masa yang sama, kita kena muhasabah diri — belajar daripada apa yang dia buat, dari mula ya, bukan sekarang waktu dia dah berjaya.
Khairul Aming — 4 tahun konsisten buat content masakan sebelum launch produk pertama.
Aliff Syukri — dulu banyak buat konten kontroversi untuk tarik follower, tapi sekarang dah ubah strategi.
Kalau nak ikut jejak diaorang, kena mula di tempat diaorang mula, kena ikut disiplin diaorang.
Bukan nak outcome diaorang, tapi taknak buat proses yang sama — itu memang takkan jadi.
Sama juga dalam apa-apa bidang.
Saya cakap benda sama dekat orang yang nak praktis sebagai perancang kewangan.
Ramai cakap nak berjaya, tapi bila suruh tulis atau share konten setiap hari — kata takde motivasi, takde idea, takde masa, takde orang komen.
Bila suruh keluar jumpa orang — macam-macam alasan keluar.
Lepas tu keluar pula komen: “alah, En. Rafiq boleh lah…”
Hakikatnya:
Keputusan orang lain adalah hasil usaha + disiplin yang konsisten bertahun-tahun.
Kalau kita nak hasil macam diaorang, kita kena sanggup buat benda yang diaorang sanggup buat.
Kalau tak, jangan pelik kalau 5 tahun lagi kita masih di tempat yang sama.
