Minggu lepas terbaca satu post dekat FB – ramai share kisah macam mana keluarga mereka keluar dari kemiskinan. Dan majoriti yang komen pun sebut perkara yang hampir sama:
Belajar sampai dapat diploma atau degree, lepas tu kerja atau berniaga guna ilmu yang dapat.
Saya terus teringat arwah Babah.
Babah pernah cakap:
“Babah tak ada harta nak tinggalkan untuk kamu adik-beradik… tapi Babah akan usaha semua orang masuk universiti, semua dapat degree.”
Dan Alhamdulillah, kami empat beradik semuanya ikut jalan tu.
Mak dan Babah dua-dua cikgu, ada degree. Hidup tak mewah sangat, tapi cukup. Tak pernah tak ada makanan atas meja. Bila cuti sekolah, masih sempat jalan-jalan — balik kampung, ke Langkawi… Umrah pun saya pernah ikut masa umur 11 tahun.
Kalau tanya ada “privilege”? Ya, saya akui. Tapi satu benda yang saya tahu Babah memang tak kompromi langsung adalah — bab belajar.
Setiap malam lepas makan, kena duduk depan meja buat kerja sekolah. Tak kira siapa paling pandai atau siapa paling bawah sekali — semua kena.
Saya sendiri?
Saya tak minat belajar pun sebenarnya.
Lepas degree, bila orang tanya nak sambung Master ke, PhD ke – saya jawab malas.
Sebab saya memang tak nampak nilai dia untuk saya ketika itu.
Tapi bila nak jadi Financial Planner, saya tahu saya kena ada CFP / IFP — jadi saya sambung belajar.
Kalau ada CPD training, saya pergi.
Tapi saya tak suka belajar tanpa sebab atau objektif yang jelas.
Masa nak trial SPM dulu, saya betul-betul study sebab tahu keputusan tu akan jadi penentu untuk dapat interview biasiswa.
Alhamdulillah, result cantik — dapat scholarship ke US. Dan akhirnya, saya dapat masuk MIT.
Saya tak nafikan — dari situ, career trajectory saya berubah.
Saya pernah hampir tak dapat masuk PwC lepas keluar dari TNB — tapi ada seorang director nampak saya graduate dari MIT, dia terus suruh HR call saya untuk interview.
The rest, as they say, was history.
Dan macam saya pernah tulis sebelum ni —
Makan gaji pun boleh capai financial freedom.
Ya, mungkin tak sekaya usahawan berjaya yang selalu viral. Tapi yang kita nampak tu sebahagian kecil je.
Ramai lagi orang yang habis degree, kerja elok, simpan, melabur, beli rumah sikit-sikit, rancang betul-betul — hidup dia tak melarat.
Hidup dia cukup. Bahagia. Bebas hutang. Ada simpanan. Ada masa untuk keluarga.
Jadi untuk siapa-siapa yang tengah belajar sekarang:
Habiskanlah degree tu.
3–4 tahun je dalam hidup. Nak buat part time masa belajar, buat lah. Aku pun kerja part time masa study dulu.
Lepas tu nak buat bisnes ke, jadi content creator ke, freelancer ke — terpulang.
Tapi at least, ada sesuatu untuk fallback kalau semua benda lain tak jadi. Sebab ada degree ni lah, yang aku berani nak berhenti kerja tahun 2014 dulu untuk start company sendiri, sebab tahu kalau lah tak jadi, ada fall back plan.
Dan kadang-kadang, satu nama universiti dalam CV tu… dan takyah lah nak ulang-ulang yang Mark Zuckerberg pun takde degree. Dia boleh dapat degree dari Harvard, tapi dia drop out. Lain taraf weh. Dan berapa ramai geng2 influencer yang korang terikut-ikut tu yang betul2 berjaya?
Fikirlah betul2, hidup korang juga nanti.
