rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Makan Gaji takleh Kaya ke?

Saya terlihat satu quote yang buat saya terfikir sekejap…

“75% orang kaya adalah usahawan. 15% pelabur. 7% atlet. 3% artis. 0% pekerja. Tiada siapa jadi kaya dengan gaji. Gaji adalah scam.”

Lepas tu terus terlintas versi “lokal” yang selalu lalu dekat timeline:

“Korang tak penat ke kerja makan gaji? Jom la buat side hustle — jadi ejen unit trust, takaful, insurans, MLM… atau buat investment. Sampai bila nak hidup macam tu je, makan gaji je hari-hari?”

Dengar macam membakar semangat. Tapi jujur, ada nada sindiran juga pada orang yang kerja makan gaji.

Apa yang betul tentang kenyataan tu?

Memang betul — ramai individu terkaya dunia adalah:

  • Usahawan besar (Elon Musk, Jeff Bezos),
  • Pelabur tersohor (Warren Buffett),
  • Atlet dan artis antarabangsa yang jana jutaan melalui bakat dan penjenamaan.

Dan memang ada banyak cara untuk tingkatkan kewangan kita:

  • Buat side hustle,
  • Belajar melabur,
  • Mula bisnes kecil-kecilan.

Pendapatan aktif + pasif memang kombinasi yang ideal. Ramai juga yang berjaya keluar dari tekanan kewangan melalui jalan-jalan ni.

Tapi bukan bermakna kerja makan gaji tu sia-sia.

Ramai juga yang:

  • Simpan dan labur secara konsisten guna gaji bulanan,
  • Naik pangkat, terima pendapatan 5-angka sebulan,
  • Dapat saham syarikat, bonus, pencen, dan perlindungan kesihatan.

Ada juga klien saya yang makan gaji tapi:

  • Bebas hutang,
  • Ada simpanan 7 angka dalam pelaburan,
  • Dan dah capai kebebasan kewangan — tanpa perlu “buat sales”.

Dalam pengalaman saya, hampir semua klien saya yang dah capai financial freedom setakat ni memang kerja makan gaji.
Dia orang kaya ke? Kaya tu… subjektif.

Jadi… apa maksud sebenar “kaya”?

Kaya bukan semata-mata ada banyak duit. Kaya tu lebih daripada angka.

🔢 Dari segi kewangan:
Ada aset yang melebihi liabiliti. Pendapatan lebih daripada keperluan.

💸 Dari segi gaya hidup:
Boleh buat pilihan — cuti, bantu mak ayah, pencen awal — tanpa risau duit.

🧠 Dari segi minda:
Rasa cukup, tenang, dan tak perlu banding diri dengan orang lain.

🧾 Dari segi aliran tunai:
Ada pendapatan pasif yang cukup untuk tampung gaya hidup — tak perlu bergantung 100% pada gaji.

Kesimpulannya:

Kerja makan gaji bukan masalah. Tapi kalau hidup bergantung 100% pada gaji tanpa ilmu, tanpa simpanan, tanpa pelan — itu yang bahaya.

Bina kekayaan bukan tentang ikut jalan orang lain. Tapi tentang:

  • Kenal diri sendiri,
  • Urus rezeki dengan bijak,
  • Dan buat keputusan yang selari dengan matlamat hidup kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *