Baru-baru ni viral kisah seseorang beli rumah apartment 3 bilik harga RM580K. Gaji kasar RM5,500. Bank lulus loan. Bayaran bulanan RM2,600.
Campur maintenance, sinking fund, bil api air, internet — komitmen tempat tinggal je dah lebih RM3,100 sebulan.
Yang tinggal untuk hidup?
Sekitar RM1,500 — itu pun kalau RM5,500 tu gaji bersih.
Kalau tolak lagi EPF dan cukai — mungkin tinggal RM900 sebulan je.
Makan, minyak, anak-anak, kecemasan, simpanan, semua dari baki tu.
Saya dah tengok sendiri — ramai sangat orang yang salah beli rumah.
Mula-mula semangat. Dapat kunci, ambil gambar depan rumah, share dekat media sosial. Tapi lepas tu kewangan terus jadi haru-biru. Ada yang sampai:
- Swipe kad kredit untuk survive.
- Guna personal loan untuk cover renovation.
- Tak cukup bayar komitmen lain.
- Akhirnya terpaksa masuk AKPK.
Dan semua ni… kerana satu kesilapan:
Nak beli rumah salah, jangan salah beli rumah.
💡 Sebagai perancang kewangan, prinsip saya mudah:
Kos tempat tinggal — sama ada beli atau sewa — jangan lebih dari 30% daripada pendapatan kasar.
Dan kos ni termasuk segalanya:
- Untuk pemilik: loan + cukai + maintenance + sinking fund + bil.
- Untuk penyewa: sewa + bil + yuran pengurusan (kalau apartment).
Kalau gaji kasar RM5,500 → 30% = RM1,650.
Kalau kos tempat tinggal dah RM3,100 — itu dah lebih 50%, dan hidup mula rasa sempit.
Ramai takut harga rumah naik.
Ramai takut rugi kalau menyewa.
Tapi kena ingat, rumah adalah komitmen 30–35 tahun.
Kalau silap langkah — boleh merana 30–35 tahun.
🏡 Rumah impian patut jadi tempat rehat, bukan punca resah.
🏘️ Menyewa bukan kegagalan. Yang penting, hidup stabil, kewangan tenang.
Jangan beli sebab orang lain dah beli.
Jangan beli sebab bank kata “boleh lulus”.
Beli bila kita betul-betul bersedia — bukan bila kita rasa terdesak.
**Mampu lulus ≠ mampu hidup.
Mampu beli ≠ mampu tenang.
Nak beli rumah tak salah —
Yang salah, bila kita salah beli rumah.
