Kenapa susah sangat pasangan nak duduk berbincang pasal kewangan?
Sebab dalam kebanyakan kes…
Ada potential conflict of interest.
“Kenapa pulak pasangan aku nak tahu macam mana aku urus duit gaji aku?”
“Kenapa dia nak tahu aku ada berapa hutang?”
“Kenapa dia nak tahu simpanan aku dekat mana, berapa banyak?”
Kadang-kadang, kita sendiri pun tak pasti jawapan dia.
Pernah ada kes, seorang suami tahu dia tak mampu nak beli rumah.
Tapi dia beli juga… sebab ikut kemahuan isterinya.
Daripada kewangan yang cukup makan, mula jadi mimpi ngeri.
Hutang bertambah. Lepas beberapa kali buat debt consolidation,
akhirnya ke AKPK juga mencari bantuan.
Tapi bila bantuan pun tak cukup…
Si suami jadi buntu — dan masih tak nak share dengan isteri.
Bila ditanya kenapa tak beritahu awal-awal?
Jawapan dia mudah:
“Saya takut nanti gaduh besar… dan mungkin berpisah.”
Tapi ada juga kisah yang penuh harapan.
Ada satu pasangan — suami kena buang kerja.
Daripada hidup selesa, mula rasa tekanan kewangan.
Tapi isteri tahu keadaan sebenar.
Mereka ambil masa… tapi akhirnya decide untuk duduk bincang sama-sama.
Jumpa financial planner. Tengok balik bajet keluarga. Buat plan keluar dari tekanan kewangan.
Dari negatif RM3,000 sebulan, mereka reverse the situation.
Dan selepas 5 tahun, berjaya simpan RM500,000.
Dari titik paling rendah dalam hidup, bangkit perlahan-lahan — bersama-sama.
Ada juga pasangan, di mana suami bekerja dan isteri suri rumah.
Mereka sering bergaduh sebab kehendak berbeza —
isteri rasa dia pun berhak nak bersuara dalam kewangan keluarga,
tapi suami rasa dia yang cari duit, jadi dia tentukan segalanya.
Tapi akhirnya, mereka buat keputusan matang:
✅ Jumpa financial planner semula.
✅ Minta pendapat ketiga.
✅ Belajar buat keputusan bersama-sama, bukan ikut emosi.
📌 Dan bila kita cakap pasal financial collaboration,
bukannya bermakna kita tak boleh ada matlamat peribadi.
Bukan juga maksudnya:
❌ Kena ikut sistem macam sesetengah budaya — contohnya di Jepun,
di mana suami serah 100% gaji kepada isteri, dan isteri bagi “duit poket” setiap bulan.
Dan bukan juga bermakna:
❌ Tak boleh ada duit untuk berjoli atau reward diri sendiri.
Ye lah, kita yang penat kerja, mestilah nak ada ruang untuk nikmati hasilnya.
Tapi maksud sebenar ialah:
📌 Kita berbincang dengan pasangan — secara terbuka dan jujur — tentang apa yang penting untuk kita berdua.
Bukan nak sekat kebebasan —
Tapi nak cari keseimbangan.
Supaya kita tak saling menyusahkan, tapi saling melengkapi.
🟢 Kalau kita kuat dari segi kewangan, pasangan jadi lebih tenang.
🟢 Kalau kita tahu keutamaan bersama, lebih mudah nak capai matlamat.
🟢 Kalau ada ruang untuk diri sendiri, kita tak rasa tertekan atau terkongkong.
Sebab akhirnya — matlamat kita bukan duit semata-mata.
Tapi kebahagiaan yang dibina bersama.
Dan duit tu… cuma alat untuk capai kebahagiaan tu, sama-sama.
