Baru-baru ini saya terbaca satu perkongsian tentang seorang wanita berusia 55 tahun yang bakal layak untuk keluarkan simpanan EPF yang jumlahnya sekitar RM500,000. Excited, dia rancang nak guna RM300,000 daripadanya untuk beli kebun durian keluarga di utara yang terletak 500km dari tempat tinggal.
Kebunnya memang ada pokok matang dan dah berbuah setiap tahun. Tapi, dan ini penting, dia belum ada sebarang pelan macam mana nak urus atau majukan kebun tu untuk hasilkan pendapatan. Dalam kata lain, belum ada strategy to monetise aset tersebut.
Perkongsian ini terus buat saya teringat satu sesi perbincangan saya dengan seorang klien beberapa bulan lepas.
Cerita Klien Saya
Klien saya ada bisnes yang memberikan pendapatan tetap RM45,000 sebulan. Ini termasuk gaji, keuntungan, dan faedah lain. Ada pihak datang nak beli bisnes dia dengan harga RM1.5 juta.
Macam menarik, kan?
Tapi bila dikira betul-betul, RM1.5 juta itu bersamaan lebih kurang 3 tahun sahaja pendapatan bisnes sedia ada. Bila ditanya, dia nak guna RM500,000 dari hasil jualan itu untuk mulakan bisnes baru. Bermakna, lepas ditolak modal bisnes baru, tinggal RM1 juta.
Kalau bisnes baru gagal, duit tu boleh habis dalam masa 2 tahun sahaja kalau gaya hidup dikekalkan.
Soalan besar: worth tak korbankan bisnes yang dah stabil dan jana RM540,000 setahun semata-mata kerana tawaran RM1.5 juta?
Selepas kami kira semula dan bandingkan nilai tunai dengan nilai productive asset, dia buat keputusan untuk tidak jual bisnes tersebut.
Apa Kita Boleh Belajar?
Mari kita guna pendekatan yang sama untuk kes kebun durian tadi:
📊 Analisa Ringkas:
- EPF savings: RM500,000
- Nak guna: RM300,000 untuk kebun durian (pokok dah matang, mungkin ada pendapatan, tapi cukup ke tak?)
- Balance tinggal: RM200,000
- Jarak kebun: 500km (logistik susah), jadi mungkin kena ambil pekerja untuk uruskan
- Pelan pendapatan dari kebun: ❌ belum ada
Kalau kebun tu tak hasilkan pendapatan seperti dijangka — duit RM300,000 itu bukan sahaja tak bertambah, malah hilang keupayaan menjana pendapatan. RM500,000 itu adalah dana persaraan. Kalau hilang, dia ada risiko besar untuk tak cukup duit bila bersara.
Prinsip Yang Sama Digunakan Dalam Kedua-dua Kes:
- Nilai besar belum tentu bernilai – RM300k untuk tanah durian atau RM1.5 juta untuk bisnes nampak macam banyak, tapi tak semestinya bijak dari sudut aliran tunai jangka panjang.
- Jangan tukar aset yang produktif kepada aset yang belum tentu berfungsi – Sama ada duit EPF atau bisnes yang dah menjana cashflow, kedua-duanya patut dikekalkan atau digandakan dengan strategi yang jelas.
- Jangan buat keputusan berdasarkan emosi atau nostalgia – Kadang-kadang, kita terlalu excited dengan idea “memiliki” tanah atau “mula bisnes baru” sampai lupa realitinya.
- Cashflow wins – Apa-apa keputusan kewangan, tanya soalan: “Boleh tak benda ni bantu saya jana cashflow konsisten?”
Kesimpulan
angan cepat teruja bila nampak duit besar dalam akaun, atau bila ada peluang baru muncul. Duit simpanan persaraan bukan untuk “eksperimen”. Ia untuk keperluan hidup selepas kita berhenti bekerja.
Sama seperti klien saya tak jual bisnesnya selepas faham nilai sebenar yang dia miliki, kita semua patut tanya:
“Keputusan ni bantu kewangan saya jadi lebih stabil, atau tambah risiko yang saya tak perlu?”
Kalau belum pasti — pause dulu. Bincang dengan penasihat yang boleh kira, bukan sekadar angguk.
Kalau anda dalam situasi sama — ada lump sum besar dan terfikir nak labur dalam sesuatu — pastikan ada pelan jelas, unjuran pendapatan, dan pelan sokongan. Jangan jadikan simpanan persaraan anda sebagai modal ujian.
