rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kesedaran – Langkah Pertama Menuju Pengurusan Kewangan yang Lebih Baik

Salah satu maklum balas yang sering saya terima daripada klien dalam tahun pertama mereka bekerja bersama saya ialah:

“Saya mula ada kesedaran dalam cara saya urus kewangan saya.”

Kesedaran kewangan ini mungkin nampak seperti perkara kecil bagi sesetengah orang, tapi sebenarnya inilah titik perubahan yang penting dalam usaha seseorang untuk menguruskan kewangan peribadi dengan lebih teratur dan berkesan.

Ada yang mula mencatat perbelanjaan harian — baru sedar selama ini duit ‘hilang’ entah ke mana.
Ada yang dulu beli sesuatu tanpa fikir panjang, kini mula timbang dulu keperluan sebenar.
Ada juga yang sebelum guna kad kredit, mula tanya diri sendiri:

“Aku mampu bayar penuh tak bila bil sampai nanti?”

Kesedaran ini bukan soal jadi kedekut.
Ia soal tahu ke mana wang dibelanjakan.
Ia soal membuat keputusan dengan lebih bijak bukan ikut emosi atau kebiasaan lama.

Bila dah mula sedar, baru datang pemahaman.
Bila dah faham, barulah boleh buat tindakan yang lebih tepat untuk masa depan.

Kebebasan kewangan bukan semata-mata tentang berapa banyak kita jana pendapatan.
Ia bermula dengan kesedaran.
Dan itulah langkah pertama yang setiap orang perlu ambil kalau mahu urus kewangan dengan lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *