Semalam masa sesi discovery dengan seorang doktor yang dah senior, dia tanya satu soalan yang sangat menarik:
“Dalam perubatan, kita guna pendekatan evidence-based – ada jurnal, ada data klinikal, semua berpandukan kajian. Macam mana pula dengan perancang kewangan? Apa ‘evidence’ yang kamu guna?”
Soalan tu simple, tapi sangat bagus.
Saya sebenarnya suka soalan-soalan macam ni — sebab ia bantu saya jadi lebih alert, dan honestly, it helps me grow better as a financial planner.
Saya senyum dan jawab lebih kurang begini:
“Sebenarnya, dalam dunia perancangan kewangan pun, kami guna pendekatan yang berasaskan data dan kajian. Cuma bentuknya mungkin berbeza dengan bidang perubatan. Kami guna kajian akademik, data pasaran, prinsip ekonomi, dan simulasi kewangan untuk bantu klien buat keputusan yang lebih sedar dan terancang — bukan semata-mata berdasarkan assumption dan gut feel sahaja.”
Berdasarkan Kajian & Penyelidikan
Saya akui, mungkin cara kajian dalam bidang kewangan tak sedalam atau seterperinci macam perubatan. Tapi beberapa prinsip kewangan yang kami gunakan hari ini pun datang dari penyelidikan akademik yang telah diuji masa.
Antaranya:
- 4% withdrawal rule – berdasarkan kajian William Bengen (1994), sering digunakan sebagai asas dalam strategi pendapatan semasa persaraan.
- Modern Portfolio Theory – oleh Harry Markowitz, yang jadi asas kepada pembentukan portfolio pelaburan berdiversifikasi.
- Behavioral finance – dari pakar seperti Daniel Kahneman, yang bantu kita faham dan kawal tingkah laku pelabur.
Disokong oleh Data Tempatan & Polisi Semasa
Bidang kewangan adalah antara bidang yang di kawal selia dengan amat ketat oleh regulator2 yang sedia ada. Kalau kita tengok dalam konteks negara kita,
- SC dan BNM tetapkan garis panduan yang jelas tentang apa yang boleh dan tak boleh dibuat — dari segi produk, struktur yuran, disclosure, dan lain-lain.
- Kami juga rujuk data-data seperti prestasi pasaran, kadar inflasi, struktur cukai, dan jadual jangka hayat untuk membina pelan perlindungan yang realistik.
- Untuk takaful dan insurans — data statistik kesihatan dan kos rawatan jadi rujukan penting.
Simulasi & ProjeksI – ‘X-ray’ untuk Kewangan
Kalau dalam perubatan ada X-ray, ujian darah, dan imaging — dalam kewangan, kita ada:
- Simulasi aliran tunai
- Unjuran pelaburan & risiko
- Senario ‘what-if’ — contohnya kalau bersara awal, pelaburan jatuh, atau anak masuk universiti serentak
Dan untuk semua ini berfungsi, kami perlukan data yang lengkap daripada klien — pendapatan, perbelanjaan, aset, liabiliti, dan objektif kewangan mereka.
Saya beritahu doktor tu:
“Bayangkan kalau sebagai doktor, pesakit tak bagi buat ujian darah atau X-ray — agak susah untuk diagnose dan tentukan pelan rawatan yang betul, kan? Sama juga dalam kewangan.”
Pelan Kewangan = Rawatan yang Sentiasa Disemak
Masa tu doktor tu angguk, dan dia bagi contoh balik:
“Macam ambil takaful. Dulu harga lain, sekarang harga lain. Ramai bising kenapa naik. Tapi coverage dulu pun lain. Dulu RM100k – RM250k setahun pun kira bagus. Sekarang standard plan pun RM1 juta ke atas. Mana boleh harap plan lama masih relevan hari ini.”
Saya terus sambung:
“Macam doktor juga — rawatan akan berubah ikut perkembangan pesakit dan teknologi perubatan. Rawatan 30 tahun lepas mungkin okay sebab masa tu belum ada pilihan lain. Tapi bila dah ada rawatan lebih baik, lebih selamat dan lebih sesuai — kita akan pilih itu. Dalam kewangan pun sama. Pelan 10 tahun lepas mungkin dah tak sesuai dengan keperluan hari ini. Sebab tu pelan kewangan kena disemak secara berkala.”
Financial Planning Is Not “One and Done”
Perancangan kewangan bukan sekadar pilih satu produk dan tinggal. Ia satu proses berterusan, macam follow-up dalam rawatan perubatan.
“Kami tak ada darah dan X-ray untuk tunjuk, tapi kami ada data, teori, dan alat yang bantu buat keputusan yang lebih terarah dan terkawal. Dan yang paling penting, semua cadangan bukan ikut rasa atau push produk tapi ikut apa yang logik dan sesuai dengan situasi klien.”
Akhirnya…
Bila kita guna pendekatan macam ni — lebih mudah untuk profesional seperti doktor untuk relate dengan kerja kami.
Sebab pada akhirnya, peranan kita lebih kurang sama:
Sama-sama bantu orang buat keputusan lebih baik untuk masa depan mereka — dengan maklumat yang jelas, pendekatan yang rasional, dan tanggungjawab yang tinggi.
