Saya ada seorang klien yang sering hadapi masalah kawal perbelanjaan. Walaupun bajet bulanan dah ditetapkan, dia tetap struggle nak ikut. Baru-baru ni, dia tunjukkan satu Excel template yang kawan dia bagi untuk track perbelanjaan harian. Lepas dua minggu guna, dia stop. Bila saya tanya kenapa, jawapan dia simple:
“Penatlah. Terlalu banyak kerja nak buat.”
Dan dia tanya saya balik,
“Ada tak cara lain yang lebih mudah?”
Saya kata, ada. Dan lebih penting — cara ni lebih mudah nak istiqamah, dan tak perlu track satu-satu apa yang dibelanjakan.
Langkah 1 – Kenalpasti Komitmen Bulanan Tetap
Ini semua perbelanjaan yang memang setiap bulan tak boleh lari:
- Sewa / ansuran rumah
- Belanja dapur & makanan
- Yuran sekolah anak
- Ansuran kereta
- Bil utiliti, insurans, zakat, dll.
Jumlahkan semua ini — contohnya, katakan RM10,000 sebulan.
Setiap kali gaji masuk, pastikan jumlah ini kekal dalam akaun utama. Akaun ni memang khas untuk perbelanjaan bulanan sahaja. Jangan kacau untuk benda lain
Langkah 2 – Kenalpasti Perbelanjaan Tidak Tetap (Tapi Dijangka)
Ini yang orang selalu terlepas pandang — sebab dia tak datang setiap bulan:
- Insurans & roadtax kereta
- Raya & perayaan lain
- Cuti keluarga / vacation
- Maintenance kereta
- Cukai pintu, cukai tanah
Senaraikan bila ia akan berlaku dan berapa amaun diperlukan.
Contoh:
- Insurans kereta: RM1,200, akan bayar 6 bulan dari sekarang.
- Jadi, RM1,200 ÷ 6 bulan = RM200 sebulan.
Buat begini untuk semua perbelanjaan yang dijangka.
Lepas tu, asingkan simpanan ni ke dalam akaun khas atau e-wallet tertentu.
Contoh:
- “Akaun Raya”
- “Akaun Insurans”
- “Akaun Vacation”
Yang penting: bila amaun dah cukup dan bayaran dah dibuat, kira semula ikut tempoh baru. Sekarang ada 12 bulan nak kumpul RM1,200? Maka simpan RM100 sebulan pula.
Langkah 3 – Guna Baki Gaji Secara Bijak
Selepas tolak perbelanjaan tetap (Langkah 1) dan simpanan untuk perbelanjaan dijangka (Langkah 2), tengok sama ada ada lebihan:
✅ Kalau ada hutang jangka pendek, gunakan lebihan itu untuk bayar dulu.
✅ Bila hutang selesai, bina tabung kecemasan (3 hingga 6 bulan perbelanjaan tetap).
✅ Dah cukup simpanan kecemasan, baru mula bina simpanan untuk:
- Rumah pertama
- Pendidikan anak-anak
- Persaraan
Kenapa Kaedah Ni Lebih Realistik
✅ Tak perlu catat setiap transaksi
✅ Kurang tekanan dan rasa bersalah bila “lupa” track
✅ Tetap ada struktur dan disiplin — tapi mudah ikut
✅ Sesuai untuk mereka yang tahu apa perlu dibuat, tapi susah nak konsisten
Digital Version of Sampul & Balang
Zaman dulu orang simpan duit dalam sampul — ada tulis “duit minyak”, “duit sewa”, “duit sekolah anak”.
Sekarang, kita guna versi digital. Akaun Maybank MAE, BigPay Pockets, akaun simpanan berasingan — semua ni boleh jadi “sampul digital”.
Tak perlu rumit. Yang penting, duit dah ada tempat dia sebelum sempat ‘hilang’ tanpa jejak.
“Kalau tak boleh track semua, kita kawal di peringkat aliran. Kita tentukan siap-siap ke mana duit tu perlu pergi.”
Kalau Perlu Bantuan…
Kalau anda rasa kaedah ni masuk akal tapi masih perlukan bimbingan untuk urus kewangan dengan lebih teratur dan holistik, boleh reach out to me for a free discovery session.
Kita akan lihat situasi anda secara menyeluruh — dan cari penyelesaian yang sesuai dengan gaya hidup anda.
