rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Kenapa saya menulis?”

Soalan ni ditanya oleh Bukhari Razali semalam dalam group WhatsApp bila saya share satu screenshot — mesej yang saya terima dua tahun lepas daripada seorang follower yang follow saya sejak 2018, waktu saya baru setahun bergelar perancang kewangan. Minat nak jadi klien dari 2019, tapi baru approach untuk sesi discovery pada tahun 2023. Hari ni, dia dah jadi klien tahun ketiga.

Soalan Bukhari:

“Apa yang memberi inspirasi kepada En Rafiq untuk terus menulis? Atau memang hobi suka menulis dari dulu sebelum ada FB?”

Jawapan saya spontan masa tu:

“Tak juga. Passion atau disiplin in sharing knowledge lah kot.”

Tapi soalan tu melekat dalam kepala. Dan sepanjang bercuti di Penang pun saya masih fikirkan: kenapa sebenarnya saya menulis?

Jawapannya mungkin begini:

Saya menulis kerana itu cara saya “keluarkan” apa yang ada dalam fikiran. Saya banyak berfikir, dan saya tahu saya mudah lupa. Jadi menulis adalah cara saya dokumentasikan pandangan, pengalaman, dan ilmu — bukan semata-mata untuk orang lain, tapi juga untuk saya sendiri rujuk semula.

Dulu saya ada blog, waktu blogging tengah hype. Tapi masa tu tak ada topik khusus. Sekadar coretan kehidupan. Sekarang, penulisan saya lebih fokus — kepada kewangan peribadi, kerjaya sebagai perancang kewangan, dan cerita-cerita kehidupan yang berkait dengan itu.

Ada beberapa sebab kenapa saya terus menulis:

1. Memberi pilihan dan pencerahan kepada orang ramai.

Ramai orang di luar sana cari maklumat tentang kewangan, tapi tak semua sumber itu bebas dari konflik kepentingan. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat yang lebih seimbang dan neutral. Supaya ada satu lagi suara — satu lagi perspektif — yang mereka boleh nilai sebelum buat keputusan penting dalam hidup.

2. Memberi inspirasi kepada pasukan saya.

Saya mahu perancang-perancang kewangan di Wealth Vantage Advisory nampak yang konsisten menulis dan berkongsi boleh membawa hasil — bukan semata-mata dari segi prospek, tapi juga credibility dan pengaruh. Saya sendiri tak menulis untuk cari klien (hanya 20% klien aktif datang dari media sosial), tapi untuk planner yang baru bermula, social media boleh jadi jambatan kepada lebih banyak peluang.

Akhirnya, saya menulis sebab saya percaya, ilmu yang tidak dikongsi adalah ilmu yang cepat hilang. Dan jika satu tulisan saya boleh membantu walau seorang manusia membuat keputusan yang lebih baik untuk masa depannya — itu pun dah cukup berbaloi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *