rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kalau dah sakit, takkan jadi baik serta merta

Tadi ada meeting dengan klien yang dah nak habis engagement untuk tahun pertama. First time dia contact dalam bulan 4 tahun 2024. Lepas buat sesi discovery, dia cakap bagi dia masa untuk buat keputusan. Dalam seminggu lepas discovery session, dia mesej balik

Assalamualaikum tuan rafiq. Sy nak tanya sikit kalau x keberatan.. Sy dah bincang dgn isteri dan nyatakan nk engage dgn tuan atau selesaikan sendiri masalah kewangan. Kalau selesaikan sendiri, kami pilih utk buat balance transfer dari mbb ke cc bsn dgn rate 4.99% setahun dan konsisten RM1k sebulan. Beliau insist utk sy bayar terus cc RM1k sebulan utk settle cc RM14k dari bayar upfront engagement dgn tuan. So sy nk minta bantuan kalau boleh share POV tuan sikit sbb sy memang nk engage dgn fp. Cuma taktau nk respon camna dgn isteri.

Jawapan saya dekat dia lepas baca mesej dia tahun lepas,

boleh jer nak bayar mcm isteri bgtau tu. and mungkin dpt settlekan hutang cc tu seperti yg dirancang. tapi mcm saya bgtau hr tu, isu uruskan hutang ni adalah masalah psikologi.. bukan masalah matematik

Saya memang takkan tpaksa siapa2 jadi klien saya. Terpulang dekat setiap individu sama ada dia nak proceed atau tak. Tapi nak pendekkan cerita, dia decide untuk engage dalam bulan 7 tahun lepas.

Macam biasa, lepas sesi fact finding kita tahu keadaan kewangan dia macam mana, dan apa langkah-langkah yang dia patut buat untuk betulkan keadaan kewangan semasa dia. Berdasarkan data masa start engagement tahun lepas,

  • Cashflow bulanan defisit dalam RM 875 sebulan dengan ada side income dalam RM 1,700 sebulan
  • Cashflow tahunan defisit dalam RM 13,635 setahun dengan ada side income dalam RM 20,400 setahun
  • Komitmen bulanan dalam RM 3,422 sebulan

Lepas satu tahun, kita review balik keadaan kewangan dia. Data baru menunjukkan peningkatan dalam keadaan kewangan klien seperti berikut

  • Cashflow bulanan defisit dalam RM 902 sebulan tanpa ada apa-apa side income
  • Cashflow tahunan defisit dalam RM 10,820 setahun tanpa ada apa-apa side income
  • Komitmen bulanan dalam RM 1,760 sebulan.

Klien sebenarnya risau dengan keadaan kewangan dia sebab aliran tunai dia masih negatif sebelum jumpa hari ni. Dalam dua bulan since last jumpa dia, ada emergency jadi, income tak masuk, jadi hutang kad kredit dia makin bertambah balik. Tapi dengan data set dekat atas, saya ingatkan dia yang keadaan kewangan dia sebenarnya dah makin okay.

Isu yang dia rasa kali ni sebenarnya sebab aliran tunai dia memang akan negatif kalau side income tak masuk. Dari segi perbelanjaan atau komitmen dah takde benda yang boleh kurangkan dah. Kalau dia dapat maintain side income macam waktu start dulu, cashflow dia dah positive bulan-bulan.

“Ye ke, En Rafiq. Saya pening sebab dok fokus cara nak kurangkan belanja lagi. Tiap-tiap bulan saya check duit saya pergi mana. Patutnya saya fokus dekat income lah. Baru lah masalah sekarang selesai”

Saya bagitau klien tu, yang kalau guna analogi orang sakit, bila kita sakit, jumpa doktor, bukan terus baik tiba-tiba lepas jumpa. Tengoklah level sakit kita macam mana. Kalau dah masuk ICU, akan ambil masa untuk jadi sihat. Tapi kalau ikut dengar cakap doktor / cakap nurse, sepatutnya makin lama makin okay.

“Cuba encik bayangkan, kalau kita tak buat engagement Financial Planning ni, macam mana keadaan keluarga encik kalau side income tu takde?”

“Mestilah jumlah kad kredit saya akan jadi lagi tinggi En Rafiq. Saya memang nampak benefit yang dapat dari engage dengan En Rafiq. Banyak dah kewangan saya dah improve. Mindset saya dalam uruskan kewangan pun dah banyak improve. Dulu saya senang sangat swipe kad kredit nak beli apa-apa, walaupun saya tahu sebenarnya saya tak sepatutnya belanja beli benda tu. Kalau sekarang, lepas dah cancel dua kad kredit hari tu, saya memang takkan belanja apa-apa kecuali kalau betul-betul kecemasan.”

Engagement ni bukan jaminan hidup terus bebas hutang. Tapi ianya bimbingan dan refleksi — untuk buat keputusan yang lebih waras, lebih sedar, lebih strategik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *