Sedar tak sedar dah tiga tahun berenti kerja makan gaji. Tanggal 30 Jun nanti cukup la 3 tahun kerja sendiri.
Post kali ni nak menjawab soalan-soalan yang sering ditanya oleh sanak saudara, rakan-rakan dan pelanggan yang ditemui.
1) Kenapa buat keputusan nak berenti kerja dulu?
Terus terang, dah lama dah nak berenti kerja makan gaji. Masa tahun 2009 dulu dah pernah kerja freelance, tapi pergi Oman, kerja jadi consultant. Masa pergi sana, dapat job untuk 6 minggu sahaja. Tapi beranikan diri untuk pergi sebab nak menimba pengalaman dan melarikan diri dari keadaan selesa kerja di Malaysia.
Alhamdullilah, dalam tengah nak siapkan job 6 minggu tu, dapat offer untuk sambung job setahun dengan klien yang sama. Sempat kerja sana nak dekat setahun. Sebelum dapat panggilan untuk balik Malaysia. Masa tu dapat offer untuk set-up agensi kerajaan yang baru. Pada masa yang sama memang ada plan untuk nak mencuba untuk anak nombor 2, jadi lepas berfikir, ambil keputusan untuk balik Malaysia.
Sepatutnya 6 bulan sahaja tolong set up agensi kerajaan tu, one thing led to another, nak masuk 4 tahun jugak kerja dekat situ.
Last-last masuk tahun 2014, bagitau CEO, dan cakap dengan dia yang this would be the last year, sebab memang ada plan untuk kerja sendiri sebab sebenarnya dah muak dengan politik di tempat kerja, dan malas jadi kuli untuk orang lain.
2) Berapa banyak yang perlu nak simpan untuk nak berenti kerja ni?
Untuk yang mengenali aku, tahu macam mana cara hidup aku. Aku hidup sederhana. Macam mana aku nasihat klien pasal manage kewangan peribadi, macam tu lah aku manage kewangan sendiri.
Kereta ada dua biji, tapi masa berenti kerja tu dah habis bayar lama dah. Kereta tak mahal pun, sebiji Kelisa (2004) dan sebiji lagi Viva (2009). Hutang kredit kad pun takde. Hutang pecah kontrak dengan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) pun dah habis bayar. Hutang yang tinggal masa tu hutang rumah. Itu pun tak banyak. Tapi pada masa tu untuk extend grace period start kerja sendiri (risiko income tak masuk), buat keputusan untuk apply pengeluaran akaun 2 EPF untuk bayar bulanan hutang rumah selama 4 tahun (ada setahun lagi ni – tahun depan habis)
So, hutang takyah keluar duit poket. Jadi kena manage perbelanjaan harian dengan bulanan. Kalau hutang tak payah bayar, perbelanjaan bulanan kita tak lah tinggi sangat. Kalau tak percaya, kira cash flow masing-masing tapi tak yah kira hutang bulanan yang kita bayar. Sebenarnya dengan berhutang, kita berbelanja melebihi kemampuan, sebab tu kewangan kita sangkut, bukan sahaja nak berenti kerja susah, nak tukar kerja pun kadang-kadang fikir 2-3 kali.
Walaupun perbelanjaan bulanan rendah, jumlah yang dibayar untuk takaful (terutamanya perubatan – sebab kerja sendiri tak ada coverage) naik. Pelaburan masih maintain seperti masa bekerja, mainly ASB Financing, lepas tu ada deposit bulanan untuk unit amanah dengan skim persaraan swasta (PRS).
So sebenarnya tak perlu banyak pun duit simpanan yang perlu ada untuk mengambil keputusan untuk bekerja sendiri ni. Hanya kena pandai manage duit.
Pada masa decide nak berenti kerja dulu, duit simpanan tu ada lah cukup untuk menanggung keperluan hidup tapi tak boleh melabur dan takleh enjoy. Sebab tu masih kena bekerja sebab nak melabur dengan enjoy. Kalau tak dah boleh duduk goyang kaki dah sekarang ni.
3) Kenapa pilih bidang kewangan dan kenapa jadi perancang kewangan (Financial Planner)?
Plan asal nak sambung jadi freelancer dalam consulting, tapi dalam tahun 2012 (masa masih bekerja makan gaji) terdengar sekumpulan staf komplen pasal gaji diaorang tak cukup.
Terkejut aku dengar. Sebab setahu aku, kos datang kerja syarikat tanggung. Syarikat bagi Petrol Card, TouchNGo Card, bagi handphone (sekali dengan call / data plan), ada parking allowance. Lepas tu gaji pun takde lah rendah sangat.
Tapi instead of confronting staf-staf tersebut pada masa tu. Aku ambil keputusan untuk observe diaorang. Dalam masa seminggu lepas kejadian tu, aku jadi stalker la jugak. Apa yang aku nampak dalam masa seminggu tu.
a) Kereta semua bawak lagi gah dari kereta aku yang Kelisa tu. Padahal aku dah GM masa tu. Paling koman bawak Vios / City. Aku siap pernah kena halau dari parking reserve aku sendiri oleh pak guard dekat Surian Tower dulu sebab parking kereta Kelisa aku dekat situ.
b) Handphone personal – Iphone yang terbaru, atau Samsung Galaxy yang terbaru. Aku masa kerja dekat situ, pakai jer phone yang syarikat bagi. Jimat duit aku.
c) Makan – tiap-tiap hari pergi makan tempat yang ada aircond. Ofis kitaorang dekat Curve. Faham-faham la kos macam mana. Sehari mesti dalam RM 20-40 terbang. Aku pun pergi makan dekat food court jer. Tu pun memilih. Contoh, kalau nak makan nasi ayam, food court dekat curve, harga dia RM 7.50, tapi kalau sanggup menapak ke food court Tesco Mutiara Damansara yang lagi jauh sebab dekat situ sepinggan nasi ayam harga dia RM 4.90.
d) Hiburan yang lain – ok lah, yang ni aku tak personally nampak, sebab aku takde la stalk diaorang sampai malam. Tapi yang aku dapat tahu, memang selalu keluar melepak, gi enjoy semua.
Agak-agak la, kalau berbelanja macam diaorang ni, gaji berapa banyak yang perlu ye? Untuk dipendekkan cerita, lepas habis tempoh stalking aku tu, aku pun approach group ni. Aku tanya straight forward, yang hari tu aku overhead diaorang bercakap pasal kewangan, dan aku tanya kalau aku buat sharing session pasal macam mana nak manage kewangan peribadi, berminat tak?
Semua cakap nak. So, dengan menyalah gunakan kuasa yang aku ada, aku pun pergi block bilik meeting, dan hantar email invite kepada semua staf syarikat. Ingatkan dalam 10-12 orang jer nak datang. Tengok-tengok dalam 35 orang datang. Budget asal, sharing settle dalam masa 1 jam setengah. Last-last lanjut jadi 4 jam. Tu pun ada yang nak menanya soalan lagi.
Dalam masa nak berkemas tu (sebab dah lewat), group yang aku stalk hari tu datang approach. Diaorang berterima kasih dekat aku and cakap dekat aku benda yang aku buat hari ni (the sharing session) was very useful dan diaorang tak pernah attend a similar session like this.
This was the moment that I knew – this is what I need to work on.
4) So, apa langkah seterusnya?
So, aku bukan masuk bidang kewangan sebab nak jadi kaya or sebab nak kumpul asset yang banyak. Aku tak kisah pun kalau tak kaya raya. Bukannya harta boleh bawak masuk kubur. Aku kumpul setakat yang aku dengan keluarga aku perlu pun dah lebih dari cukup. Dan setakat ni takde lah lagi sampai kena mengemis ker meminjam dari orang lain. Bagi orang pinjam lagi ada lah.
Dah nak masuk 5 tahun berkecimpung dalam bidang kewangan ni. 2 tahun part time, 3 tahun full time. Bilangan orang yang dah jumpa dan tolong pun dah beratus2. Professional certificate pun dah dapat.
So sekarang dalam proses untuk menjalankan langkah yang seterusnya.
edited last part for now…
