Ramai jugak orang mula share pasal t20 especially owner2 syarikat. Tak ckp aku T20… Tp nk ckp sebagai owner syarikat.
Ada 50 org yg bergantung harap dengan firm aku. Antara perkara yg aku paling takut, bukannya personal aku affected, tapi kalau firm kena tutup 50 family akan affected sekali gus.
Tahun lepas cuak jugak. Mmg laa duit dok ada, tp kita ambil langkah awal sblm jd teruk. Lama dah sebenarnya nak share cerita ni.
Ni antara benda2 yg management decide utk buat tahun lepas.
1. Minta mana2 staff yg sanggup defer gaji. Alhamdullillah ramai staff sanggup. Amaun berbeza2.
2. Minta shareholders tambah modal
3. Dapatkan shareholder baru
4. Cuba apply financing dari bank
5. Apply bantuan dari socso
6. Minta kurangkan sewa office.
7. Setiap 2 hari discuss next action plan sebab revenue bulan April to June 2020 turun sampai 60%.
8. Mana2 kos lain yg boleh kurangkan pun kurangkan
9. Semua cuba kutip invoice2 yg x bayar lagi.
Tiap2 kali tengok cashflow, perasaan makin cuak sebab reserves makin turun.
Tapi satu lah, aku bangga gila dengan the people i am working with sebab semua sanggup susah sama2 utk get past the hardship.
Nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sebab bulan 7 ni lah anniversary setahun lepas masa genting tahun lepas.
Alhamdullillah, skrg firm dah stabil balik. Banyak benda yg ditambahbaik tahun lepas dah mendatangkan hasil. Keadaan kewangan pun dh jauh lebih kukuh dari tahun lepas. Semua deferred payment pun dah settle.
Moral of the story. T20 x semestinya senang masa lockdown ni. Tak semua golongan T20 ni gaji tetap. Ada yg T20 dah botak kepala sebab fikir mcm mana nak lepaskan gaji pekerja supaya staff2 dia x affected.
So xyah lah buat cerita yg affected ni cuma golongan2 yg bawah2. Semua org pun ada kesan dia, cuma kesan dia pada diri kita semua lain2.