rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Apakah faktor utama dalam nak jadi kaya?

Apakah faktor utama dalam nak jadi kaya?

Sebelum nak mula topik ni, konsep kaya ni adalah benda yg subjektif. Definisi kaya utk setiap org adalah berbeza. Ada org dapat 1 juta dh kaya, ada org dpt 1 billion ntah2 dia rasa x ckp.

Balik kepada topik asal.

Selalunya bila kita cakap pasai topik pelaburan, benda yang semua orang akan tanya atau tekankan, berapa pulangan yang aku boleh dapat kalau aku letak duit aku dekat situ. Ini adalah pendekatan yang kurang tepat sebenarnya kerana setiap instrumen simpanan ataupun pelaburan ada fungsi dia untuk memastikan kita mempunyai ‘asset allocation’ yang betul dan portfolio pelaburan kita telah dipelbagaikan (diversified).

Isu utama apabila portfolio kita tak dipelbagaikan adalah

1. Terlalu fokus / taksub pada satu jenis aset yang boleh bagi pulangan yang tinggi tapi tidak efektif kerana setiap atas ada kitaran pasaran dia sendiri. Takde mana2 aset class yang sentiasa di atas.

2. Terjebak dengan scam disebabkan asyik kejar pulangan yang tinggi

Sebenarnya, cara paling terjamin untuk nak jadi kaya (bukan kaya cepat) adalah dari jumlah simpanan yang kita dapat letakkan dalam pelaburan kita.

Jadi kenapa ramai orang masih tak kaya?

1. Ramai orang tak tahu atau tak sedar yang mereka sebenarnya boleh menambahkan jumlah yang mereka dapat simpan secara berkala.

2. Kebanyakan ejen, pegawai bank tidak mengutamakan pengurusan aliran tunai disebabkan tiada keperluan untuk close sales ataupun renyah ataupun malas nak buat. Kadang2 klien pun malas nak bagi info sebab diaorang just nak kejar pulangan.

Macam mana ia dapat membantu saya?

1. Risiko kita akan berkurangan dengan jumlah yang kita ada. Lagi kurang risiko, lagi kurang potensi kerugian.

2. Lagi banyak kita ada, lagi diversified portfolio kita. Ini akan mengurangkan risiko yang kita hadapi bila melabur.

3. Lagi banyak yang kita ada, maksudnya kita lagi bersedia untuk hadapi kitaran pasaran yang x menentu berbanding orang lain.

Rumusan cerita, jangan terlalu fokus kepada pulangan bila buat keputusan untuk melabur. Tengok keadaan kewangan kita secara keseluruhan termasuk aliran tunai kita untuk meningkatkan potensi simpanan atau pelaburan yang boleh ditambahkan.

Klien2 yang fokus kepada diversification akan mencapai matlamat kewangan mereka dengan lebih teratur berbanding dengan sesiapa yang terlalu mengejar pulangan yang tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *