rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Minat Saja Tak Cukup Untuk Berjaya

Pernah dengar tak ayat ni:

“Kalau kita minat dengan apa yang kita buat, insyaAllah akan berjaya.”

Saya percaya ayat ni ada kebenarannya, tapi minat saja tak cukup. Dengan minat, mungkin kita akan mula buat sesuatu. Tapi nak kekal buat, nak maju, nak berjaya — itu perlukan lebih daripada sekadar minat.

Contoh mudah:

Saya minat main bola. Tapi kalau tak ada disiplin, tak datang training, malas jaga fitness, saya mungkin main juga bila diajak. Tapi boleh ke jadi hebat macam pemain profesional?

Mungkin boleh… tapi kebarangkaliannya sangat rendah.

Sama juga dalam kerjaya dan perniagaan.

Ramai orang cakap:

“Kalau buat apa yang kita minat, insyaAllah boleh pergi jauh.”

Tapi realitinya, ramai yang minat jadi perancang kewangan.

Lepas ambil cert, mula praktis, baru sedar…

Minat saja tak cukup.

Tanpa disiplin, tanpa hasil, mula goyah.

Akhirnya, cari sumber pendapatan lain.

Minat tadi hilang arah.

Idham Idris selalu ingatkan kepada mana2 orang yang berminat nak jadi perancang kewangan di Wealth Vantage Advisory – WVA

“Jadi perancang kewangan ni tak senang. Banyak benda kena buat. Tapi kalau buat betul-betul, insyaAllah hasil dia akan datang.”

Di WVA, kita tak pernah jual mimpi.

Tak pernah paksa sesiapa untuk join.

Sebab kita tahu, minat saja takkan cukup.

Kenapa kita nak jadi perancang kewangan?

Kalau minat semata-mata, cukuplah ambil cert dan praktis untuk diri sendiri.

Tapi kalau nak praktis secara profesional — ambil lesen, hadir training mingguan, ikut coaching, patuh compliance, kekalkan CPD, buat prospecting…

Itu bukan jalan mudah.

Kerja makan gaji mungkin nampak lebih stabil:

Cuti pun gaji jalan. Ada EPF, ada bonus, ada benefits.

Jadi kenapa pilih jalan susah ni?

Jawapannya balik kepada halatuju.

Kalau minat tak ada halatuju, ia takkan bawa ke mana-mana.

Nak jadi perancang kewangan sebab nampak glamor?

Sebab nak jadi ‘finfluencer’?

Sebab nak keluar TV atau surat khabar?

Atau sebab nak jual produk dari banyak syarikat?

Semua dekat atas tu tak salah ye. Cuma contoh2 halatuju kenapa sesetengah individu buat keputusan jadi perancang kewangan.

Apa sebenarnya halatuju kita?

Kalau dah ada halatuju yang jelas — atau seperti penceramah motivasi kata, “Big Why” — cukup ke untuk berjaya?

Jawapan saya masih: Belum cukup.

Kita kembali ke analogi bola tadi.

Minat ✅

Halatuju ✅

Disiplin ✅

Tapi kalau tak ada struktur latihan, tak ada proses, tak ada pasukan yang support — boleh berjaya, tapi bergantung pada nasib.

Orang putih kata, “succeed by luck.”

Bila nasib jadi faktor utama, kejayaan kita susah nak diulang. Tak boleh replicate.

Untuk berjaya secara konsisten, kita perlukan:

✅ Minat

✅ Halatuju

✅ Disiplin

✅ Sistem dan proses

✅ Support system

Insyaallah kalau ada semua ni, kejayaan tu kemungkinan besar bukan lagi sekadar impian, tapi bakal jadi kenyataan.

Saya mengalu2kan lagi ramai orang yang berminat nak jadi perancang kewangan. Sebab dekat Malaysia ni memang tak cukup.

Kita ada dalam 1500 perancang kewangan berlesen (pernah sampai 1700 satu masa dahulu), untuk 24 juta rakyat Malaysia yang dewasa.

Nisbah satu perancang kewangan untuk setiap 16,000 orang.

Nisbah satu doktor di Malaysia untuk setiap 420 orang.

Jauh lagi industri perancang kewangan ni nak sampai tahap macam tu. Tapi yang paling ideal adalah kita perlukan nisbah satu perancang kewangan untuk setiap 100 orang. .

Maksudnya kita masih perlukan dalam 240,000 perancang kewangan berlesen untuk betul2 memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia.

Kalau ramai yang berminat nak jadi, tapi akhirnya suam-suam kuku, sampai bila pun tak berjaya nak capai tahap tu. Takutnya nanti lagi ramai yang berenti dari yang masuk pula.

May be an image of map and text that says "Nisbah Seorang Perancang Kewangan kepada Rakyat Malaysia (Dewasa) 1: :16,000 16,"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *