Ada orang pernah tanya, sebab dia pernah nampak kita mention dua tiga kali pasal discovery session ni. So hari ni, kita akan tulis basic FAQ supaya semua orang faham.
Soalan 1: Free ke berbayar?
Yang ni bergantung kepada practice financial planner tersebut. Ada yang dah mula charge dari sesi ni, tapi untuk saya dan financial planner dari Wealth Vantage Advisory – WVA sesi ni masih percuma.
Soalan 2: Berapa lama selalunya?
Yang ni pun bergantung kepada orang yang kita jumpa. Selalunya di antara 30 minit ke 1 jam setengah. Lagi banyak soalan yang ditanyakan oleh prospek, lagi lama lah sesi tu akan berlangsung.
Soalan 3: Kena siapkan apa2 dokumen / maklumat untuk sesi ni tak?
Tak perlu. Kalau nak sediakan pun tak salah. Tapi fokus sesi ni bukan untuk bagi jalan penyelasaian atau nasihat dekat prospek lagi, sebab kita belum mulakan engagement financial planning.
Soalan 4: Kalau lalui sesi Discovery ni, confirm jadi klien ke?
Ada dua bahagian soalan ni sebenarnya, so saya akan jawab kedua2 nya dekat sini.
Yang pertama, kalau lalui sesi Discovery ni, kalau dua2 pihak ‘ngam’ sesama sendiri, insyaallah boleh proceed dengan engagement Financial Planning.
Yang kedua, selalunya Financial Planner yang akan teruskan engagement tu adalah Financial Planner yang conduct discovery. Dia bukan macam team sales yang datang jumpa prospek, lepas tu dah close, kita akan passkan dekat orang lain.
Soalan 5: Kena buat face to face ke?
Takde keperluan sebenarnya. Nak buat online boleh, nak buat thru phone call boleh, tapi ni sebenarnya bergantung kepada Financial Planner yang buat sesi Discovery tu.
Soalan 6: Kalau lepas sesi Discovery, saya tak jadi nak proceed, akan ada isu ke?
Takde. Dari awal sesi Discovery tu kita akan explain dekat prospek yang prospek takde apa2 komitmen untuk nak engage kita sebagai Financial Planner diaorang walaupun dah lalui sesi Discovery. Kalau lepas tu, tak jadi nak engage, boleh inform jer.
Soalan 7: Apa yang akan cover dalam sesi Discovery ni sebenarnya?
Ada 4 bahagian yang kita akan cover dalam sesi Discovery ni.
1. Berkenal-kenalan antara prospek dengan Financial Planner. Ye lah, lepas ni kalau jadi, kena ada kepercayaan dari prospek kepada Financial Planner. Kalau takde kepercayaan tu, macam mana nak buat kerja kan?
2. Sharing pasal case study / value yang Financial Planner boleh berikan kepada prospek berdasarkan maklumat yang dapat dikenalpasti masa sesi berkenal-kenalan tu.
3. Proses financial planning, tanggungjawab dua2 belah pihak, apa masuk skop dan apa yang keluar dari skop.
4. Kos and module2 yang ada
Soalan 8: Kalau saya dah buat sesi Discovery dengan Financial Planner A, boleh ker nak buat sesi Discovery dengan Financial B dekat firm yang sama?
Boleh. Sebab it’s up the prospek untuk buat keputusan siapa yang dia selesa untuk bekerjsama.
Soalan 9: Kalau sesi ni free, dan takde komitmen, tak stress / tak buang masa ker schedule sesi ni?
Saya masuk mana2 sesi discovery dengan takde apa2 expectation kecuali nak create awareness berkaitan Financial Planning. Kalau prospek keluar dari sesi tu lebih faham pasal Financial Planning, saya akan dah cukup happy.
Soalan 10: Akan ada follow session ke lepas sesi Discovery ni?
Personally untuk saya takde. Saya akan inform prospek siap2 masa sesi tu. Macam saya cakap, saya xde apa2 expectation bila masuk sesi Discovery. Kalau prospek tak come back lepas sesi Discovery tu, saya akan terus assume prospek tak berminat.
Soalan 11: Apa next step lepas sesi Discovery?
Lepas sesi Discovery, kalau prospek interested, dia boleh inform secara bertulis pasal niat dia. Kalau dia tak berminat, macam cakap tadi, tak bagitau pun takper. Lepas dia infom niat dia nak proceed, saya akan bagitau apa next step dia untuk kita nak keluarkan agreement, dan bersiap sedia untuk sesi fact finding.
Soalan 12: Kalau nak set masa untuk sesi Discovery dengan Rafiq?
Tak susah pun. Boleh jer PM dekat sini. Kalau saya tak perasan mesej (sebab bukan friend), boleh remind saya dkt post ni.