Orang selalu cakap jangan ubah goalposts. Kena ada true north. Kena tahu apa yang kita nak capai.
Dalam teori, betul. Tapi dalam realiti, hidup kita tak semestinya bergerak ikut apa yang kita dah rancang.
Bukanlah aku nak advise supaya kita tukar goals setiap kali kita rasa tak mampu nak capai sesuatu.
Tapi kita kena review our goals from time to time sebab our circumstances do change.
Contohnya, ada seorang klien aku yang mula engage dengan aku 7 tahun lepas.
Masa tu dia masih single, baru nak buka bisnes.
Sekarang dah kahwin, baru dapat anak pertama bulan lepas, bisnes pun dah ada staf dan generate revenue RM3 juta setahun.
Dulu goals dia cuma nak beli rumah, beli kereta, pergi haji, kahwin dan capai financial freedom.
Sekarang rumah dah settle, kereta dah beli. Tapi muncul pula additional goal untuk education anak.
Dalam kes ni, dia bukan tukar goalposts. Dia cuma tambah goals sebab life circumstances dah berubah.
Ada seorang lagi klien.
Tiga tahun lepas, dia tetapkan retirement income sebanyak RM20k sebulan dalam present value, bila mencapai umur 55 tahun.
Tapi masa kita present report terbaru, dia tukar fikiran.
Dia nak set RM14k sebulan instead of RM20k.
Kenapa?
Sebab dia rasa sebenarnya dia tak perlukan sampai RM20k sebulan pun untuk hidup selesa. Dia single dan tak berkahwin, jadi keperluan hidup dia berbeza.
Dan bagi aku, tak ada masalah pun.
Sebab financial planning bukan tentang kita paksa klien ikut apa yang dia pernah tetapkan 3 atau 7 tahun lepas.
Bukan juga tentang kita nak pastikan semua angka dan sasaran yang pernah ditulis dalam financial plan mesti kekal sampai bila-bila.
Financial plan tu bukan sesuatu yang statik.
Bila life circumstances berubah, priorities berubah, responsibilities berubah, kita kena review semula.
Kadang-kadang goals bertambah.
Kadang-kadang goals berkurangan.
Kadang-kadang timeline berubah.
Dan ada juga masanya kita sedar yang apa yang kita kejar selama ni sebenarnya bukan sesuatu yang kita perlukan pun.
Kerja seorang financial planner bukan untuk menentukan apa yang klien patut nak dalam hidup.
Tugas kita adalah untuk understand apa yang klien nak, bantu dia faham implikasi setiap keputusan, dan guide dia supaya boleh buat keputusan yang terbaik berdasarkan keadaan dan keperluan semasa.
Sebab financial planning bukan tentang memaksa hidup kita ikut financial plan.
Financial plan sepatutnya membantu kita mencapai kehidupan yang kita nak, walaupun apa yang kita nak tu mungkin berubah sepanjang perjalanan.
