Banyak perspektif yang boleh kita tulis daripada screenshot ni.
Boleh tulis dari segi rezeki, boleh tulis dari segi bisnes, boleh tulis dari segi emosi dan macam-macam lagi.
Tapi aku nak tengok dari sudut bisnes.
Aku pernah tengok satu video yang sentuh tentang bagaimana, sekitar 1960–1980, pemikiran dalam dunia korporat semakin beralih daripada tujuan asal sesebuah business menyelesaikan masalah, kepada creating shareholder value.
Maksudnya, banyak founders, CEOs dan management mula membuat keputusan berdasarkan berapa banyak value yang boleh dicipta untuk shareholders.
Biasanya dalam bentuk dividends, capital gains dan kenaikan nilai syarikat.
Tak salah pun. Shareholders melaburkan duit, jadi memang ada expectation untuk mendapatkan pulangan.
Cuma, dalam proses tu, kadang-kadang kita boleh terlupa satu perkara.
Apa sebenarnya masalah yang kita nak selesaikan apabila kita mula-mula tubuhkan business ni?
Tadi aku ada appointment dengan seorang klien yang merupakan business owner.
Dalam discussion tu, dia tanya satu soalan:
Patut ke dia kembangkan business dengan fokus kepada volume, ataupun premium?
Aku share satu konsep dengan dia.
Kita tengok balik kenapa business tu ditubuhkan pada asalnya.
Aku tak nak guna contoh business dia. Aku guna WVA sebagai contoh.
Pada aku, WVA ditubuhkan sebab kami nampak satu masalah.
Ramai orang ada masalah nak uruskan kewangan dengan betul dan teratur.
Kami percaya financial planning adalah salah satu solution kepada masalah tersebut.
Dan kami rasa perlu ada sebuah company yang membolehkan lebih ramai orang mendapatkan access kepada perkhidmatan financial planner yang meletakkan keperluan klien sebagai keutamaan.
Itulah problem yang kami nak solve.
Itulah solution yang kami pilih.
Jadi, kalau kita tengok dari perspektif volume vs premium, apa yang akan berlaku?
1. Kalau kita pilih volume
Kos perkhidmatan kena affordable.
Kita kena fikir macam mana nak gunakan automation dan technology untuk meningkatkan efficiency, sambil masih memberikan personalised services.
Kita perlukan volume tertentu untuk cover operating costs dan mencapai break-even.
Tapi kelebihannya, lebih ramai orang boleh access kepada perkhidmatan kita.
Maknanya, kita masih bergerak ke arah tujuan asal penubuhan business tersebut.
2. Kalau kita pilih premium
Harga perkhidmatan akan lebih tinggi.
Target market akan jadi lebih kecil dan lebih selective.
Kita mungkin akan fokus kepada golongan yang mempunyai lebih banyak wang, tetapi tidak mempunyai masa untuk menguruskan kewangan mereka sendiri.
Business model ni pun boleh berjaya.
Malah, dari segi profitability, mungkin lebih menarik bergantung kepada operating structure dan positioning business tersebut.
Cuma, kita kena tanya satu soalan.
Adakah kita masih menyelesaikan masalah asal yang kita nampak ketika mula-mula tubuhkan business?
Ataupun kita dah beralih kepada menyelesaikan masalah kelompok pelanggan yang berbeza?
Kedua-duanya bukan salah.
Kalau dibuat dengan betul, kedua-dua model boleh thrive, insya-Allah.
Cuma, untuk WVA, kalau kita kembali kepada sebab asal kami tubuhkan company ni, aku rasa volume adalah strategi yang lebih tepat.
Sebab dari awal lagi, apa yang kami nak buat ialah membolehkan lebih ramai orang mendapatkan access kepada financial planning.
Bukan sekadar menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang memang dah mempunyai banyak duit.
Selepas kita jelas tentang direction tu, barulah kita fikir macam mana nak jadikan business model tersebut sustainable.
Macam mana nak kawal kos, improve efficiency, gunakan technology, bina team dan pastikan profitability.
Sebab akhirnya, kita perlukan business yang sustainable untuk terus menyelesaikan masalah yang kita nak solve.
Jangan sampai dalam usaha kita membina business yang lebih profitable, kita terlupa kenapa kita mula-mula bina business tersebut.
