rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Bila klien sendiri bercerita tentang financial freedom, lain macam impaknya berbanding bila aku yang bercerita. 😂

Semalam, masa dinner sempena WVA 10th Anniversary Celebration, aku duduk semeja dengan beberapa orang klien aku.

Ada yang dah mencapai financial freedom.

Ada yang baru nak mula perjalanan tahun ni.

Ada yang sedang on track untuk mencapai financial targets masing-masing.

Yang menariknya, masing-masing berkongsi pengalaman mereka menggunakan khidmat financial planner, iaitu aku, secara terbuka.

Tapi disebabkan ada seorang klien yang dah mencapai financial freedom, kebanyakan soalan tertumpu kepada dia.

Yelah, itu yang semua orang di meja tu nak capai. 😂

Antara soalan yang ditanya:

“Berapa lama you engage dengan Rafiq sebelum achieve financial freedom?”

Jawapannya, 7 tahun.

Teruslah masing-masing mula mengira berapa tahun mereka dah bersama aku.

Yang ni aku kena cepat-cepat interject. Hahaha!

Sebab starting point setiap orang berbeza. Pendapatan, komitmen, tanggungan, aset, matlamat dan timeline pun tak sama.

Tak boleh tengok orang lain capai financial freedom dalam 7 tahun, kemudian anggap perjalanan kita pun mesti ambil masa yang sama.

Kalau tak, nanti soalan seterusnya yang aku kena jawab:

“Rafiq, sempat ke aku nak capai financial freedom dalam beberapa tahun lagi?” 😂

Satu lagi soalan yang menarik:

“Dah capai financial freedom, sekarang you buat apa?”

Sebab sebenarnya, ramai orang bukan sekadar tertanya-tanya macam mana nak capai financial freedom. Mereka juga tertanya-tanya apa yang mereka nak buat selepas mencapainya.

Klien tu berkongsi empat perkara:

1️⃣ Spend more time with family, termasuk parents. Sesuatu yang dulu tak dapat dilakukan sekerap sekarang ketika masih bekerja.

2️⃣ Travel. Ada lebih banyak masa untuk pergi ke tempat-tempat yang dia nak lawati.

3️⃣ Buat kerja dan aktiviti social responsibility untuk menyokong perkara serta tujuan yang dia percaya.

4️⃣ Main dengan kucing. 😹

Kemudian, wife dia tambah satu lagi perkara yang aku rasa sangat menarik.

Katanya, sebelum mencapai financial freedom, husband dia sangat berkira tentang duit.

Tapi selepas mencapai financial freedom, dia jadi lebih terbuka untuk berbelanja.

Hahaha! Nampaknya ada satu lagi manfaat financial planning yang aku tak pernah masukkan dalam presentation aku.

Nak husband lebih terbuka untuk berbelanja? Mungkin boleh mula dengan financial planning dulu. 😂

Tapi gurauan tu ada mesej yang lebih besar.

Kadang-kadang, seseorang terlalu berhati-hati berbelanja bukan semata-mata sebab dia kedekut.

Mungkin dia belum yakin sama ada duit yang ada cukup untuk menampung kehidupan dan tanggungjawabnya pada masa depan.

Bila dah ada gambaran yang lebih jelas tentang kedudukan kewangan, keperluan masa depan dan kemampuan sebenar, keputusan untuk berbelanja pun boleh berubah.

Bukan sebab tiba-tiba jadi kaya.

Tapi sebab dah lebih yakin dengan kemampuan sendiri.

Dan bagi aku, itulah salah satu perkara paling menarik tentang dinner semalam.

Selama ni, bila aku bercerita tentang perjalanan klien-klien aku, orang hanya mendengar daripada perspektif aku sebagai financial planner.

Semalam, mereka dapat mendengar sendiri daripada orang yang pernah berada di tempat mereka.

Orang yang juga pernah memulakan perjalanan yang sama.

Orang yang membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan professional dalam menguruskan kewangan mereka.

Dan orang yang kini berada pada tahap berbeza dalam perjalanan masing-masing.

Mereka boleh bertanya soalan, berkongsi pengalaman dan belajar daripada satu sama lain.

Sebab financial planning bukan sekadar tentang nombor dalam spreadsheet atau laporan yang aku sediakan.

Ia tentang bagaimana seseorang boleh membuat keputusan kewangan yang lebih baik, mengikut keadaan dan matlamat hidup mereka sendiri.

Ada yang masih membina asas kewangan.

Ada yang sedang mengejar matlamat.

Ada yang dah mencapai financial freedom dan kini menikmati kehidupan dengan cara mereka sendiri.

Tak semua orang akan sampai ke destinasi yang sama pada masa yang sama.

Tapi sekurang-kurangnya, mereka tak perlu menempuh perjalanan itu seorang diri.

Dan sempena 10 tahun WVA, dapat duduk semeja dengan klien-klien aku, melihat mereka berbual, bertukar pengalaman dan belajar sesama sendiri macam semalam adalah satu pengalaman yang sangat bermakna.

Dulu, aku hanya boleh bercerita tentang apa yang financial planning boleh bantu seseorang capai.

Semalam, klien-klien aku sendiri yang bercerita.

That, to me, was something special. ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *