Hari Khamis hari tu, saya dapat satu soalan daripada Head of Compliance WVA untuk satu application kepada SC.
Soalannya:
“Has the individual purchased/sold securities that are quoted on a stock exchange in Malaysia, whether directly or indirectly… for his own account during the 12 months immediately preceding the date of this application?”
Jawapan saya?
Tak ada.
Bukan sebab saya tak invest dalam equity.
Investment saya dalam equity lebih kepada unit trust dan ETFs.
Dan kalau ada yang tanya kenapa saya tak beli individual stocks?
Salah satu sebabnya mudah.
Itu bukan scope saya sebagai financial planner.
Dengan lesen saya sekarang, saya tak boleh simply advise client:
“Buy this stock.”
“Sell that stock.”
“Stock ni akan naik.”
Itu bukan kerja saya.
Bagi saya, sebenarnya lebih senang begini.
Sebab saya melihat peranan saya sebagai financial planner, bukan fund manager.
Saya lebih banyak melihat:
➡️ Berapa banyak client patut allocate kepada equity?
➡️ Berapa kepada fixed income?
➡️ Berapa perlu kekal dalam cash atau liquid assets?
➡️ Apa risk capacity dan risk tolerance client?
➡️ Berapa lama investment horizon?
➡️ Apa objective duit tersebut?
➡️ Bagaimana semua ini fit dalam keseluruhan financial plan?
Itu kerja saya.
Untuk investment management pula, saya bekerja dengan fund managers dan menggunakan investment vehicles yang sesuai untuk mengurus portfolio tersebut.
Jadi saya tak perlu menjadi stock picker untuk membantu client membina portfolio yang baik.
Saya tak perlu tahu sama ada Company A akan outperform Company B bulan depan.
Yang lebih penting ialah:
Adakah keseluruhan portfolio client sesuai dengan financial plan mereka?
Sebab bagi saya, financial planning bukan tentang mencari saham yang paling tinggi return.
Ia tentang memastikan duit itu bekerja mengikut tujuan hidup client.
Contohnya, kalau seseorang ada RM1 million:
Soalan pertama saya bukan,
«“Saham apa nak beli?”»
Soalan pertama saya ialah,
«“RM1 million ni sebenarnya untuk apa?”»
Retirement?
Education?
Emergency reserve?
Property?
Legacy?
Financial freedom?
Bila kita tahu tujuan duit tersebut, barulah kita boleh determine asset allocation yang sesuai.
Kemudian barulah kita gunakan investment managers dan investment products yang sesuai untuk melaksanakan allocation tersebut.
Planner advises. Client decides. Fund manager manages.
Different roles.
Different responsibilities.
Dan pada saya, itu sebenarnya lebih professional.
Saya tak perlu menjadi orang yang paling pandai memilih saham.
Saya cuma perlu memastikan investment strategy itu masuk akal dalam konteks keseluruhan financial plan client.
Sebab akhirnya, client bukan perlukan kita untuk nampak pandai.
Client perlukan kita untuk bantu mereka buat keputusan kewangan yang lebih baik.
