rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

ADA MASALAH, MESTI ADA JALAN KELUAR

Takde masalah yang takde jalan penyelesaiannya.

Cuma kadang-kadang kita sendiri tak nampak jalan tu.

Sama ada sebab kita tak cukup ilmu untuk cari jawapan…

Atau perspektif kita sendiri buat masalah tu nampak jauh lebih besar daripada sebenarnya.

Contoh.

Ada seorang ni pernah approach aku.

Dia kata dia dah bertahun-tahun ada masalah hutang kad kredit.

Dah buntu.

Tak tahu nak manage macam mana.

So kita buat fact finding.

Bila check betul-betul…

Total hutang kad kredit: RM10,000.

Kad kredit dah max out.

Selama ni dia bayar minimum setiap bulan.

Tapi dia tak tambah hutang lain.

Cashflow pun, walaupun ketat, masih boleh bertahan.

Kemudian kita check aset pula.

Rupanya ada RM10,000 dalam ASB.

Aku tanya:

“Kenapa tak guna duit ASB ni untuk settle hutang kad kredit?”

Jawapan dia:

“Nanti saya tak ada savings.”

Aku faham kenapa dia fikir macam tu.

RM10,000 dalam ASB = savings.

RM10,000 hutang kad kredit = liability.

Dalam kepala dia, kalau keluarkan ASB, dia hilang savings.

Tapi cuba kita tengok dari sudut lain.

Katakan ASB beri pulangan 5% setahun.

RM10,000 × 5% = RM500.

Dalam masa yang sama, kalau baki kad kredit RM10,000 dikenakan caj kewangan 18% setahun:

RM10,000 × 18% = RM1,800.

Maknanya kita simpan RM10,000 dalam satu tempat yang menghasilkan lebih kurang RM500…

Sambil membiarkan RM10,000 hutang duduk di tempat lain dan kosnya boleh jadi RM1,800.

Kita bayar RM1,800 untuk kekalkan RM500.

Nampak tak masalahnya?

Bukan dia tak ada duit.

Dia ada duit.

Bukan dia tak ada jalan keluar.

Jalan keluar tu sebenarnya ada depan mata.

Cuma perspektif dia ketika itu ialah:

> “Kalau aku guna ASB, aku tak ada savings.”

Sedangkan perspektif yang lain ialah:

> “Kalau aku settle hutang, aku tak ada hutang.”

Dan selepas hutang jadi kosong, barulah duit yang sebelum ni pergi kepada bayaran hutang boleh digunakan untuk bina savings semula.

Masalah kewangan kadang-kadang bukan semata-mata sebab tak cukup duit.

Kadang-kadang kita ada sumber.

Cuma kita tak tahu sumber mana yang patut digunakan, dalam urutan yang mana, dan kenapa.

Sebab tu aku selalu cakap…

Financial planning bukan sekadar pasal “duit ada berapa”.

Ia tentang memahami kedudukan kita, mengenal pasti masalah sebenar, dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai dengan keadaan kita.

Ada masalah yang kita boleh selesaikan sendiri.

Ada masalah yang kita perlukan ilmu tambahan.

Dan ada masalah yang lebih baik kita minta bantuan orang yang tahu.

Yang penting…

Jangan biarkan masalah yang sebenarnya boleh diselesaikan menjadi masalah bertahun-tahun hanya kerana kita tak nampak jalan keluarnya.

Kadang-kadang jawapannya bukan tak ada.

Kita cuma belum nampak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *