Tadi ada sesi rakam video testimonial dengan seorang klien yang dah 9 tahun engage dengan kami.
Menariknya, masa mula-mula jumpa dulu, dia agak skeptikal dengan financial planning.
Dan aku faham kenapa.
Masa tengah recording tadi, dia cerita pasal macam mana dia membesar.
Ayah dia memang ajar dia tentang kewangan.
Ajar simpan duit.
Letak duit dalam savings.
Simpan dalam Tabung Haji, ASB, EPF.
Invest dalam property.
Jadi bila first time jumpa financial planner, dalam kepala dia lebih kurang:
“Aku rasa aku dah tahu macam mana nak urus duit.”
Fair enough.
Sebab sebenarnya dia memang dah ada satu advantage yang ramai orang tak ada.
Dia membesar dengan parents yang financially literate.
Fast forward 9 tahun…
Daripada skeptikal, sekarang dah jadi kawan baik.
Siap jadi centre of influence yang introduce kawan-kawan dan colleagues untuk engage financial planning services.
Dan yang paling penting, dia sendiri dah mencapai financial freedom dan dah 3 tahun berhenti kerja.
Tapi masa dengar dia cerita tentang ayah dia tadi, aku terfikir tentang diri aku sendiri.
Aku pun belajar banyak benda tentang duit daripada parents.
Kalau nak beli sesuatu, kumpul duit dulu.
Aku belajar cari duit tambahan.
Belajar berniaga.
Belajar bahawa kalau kita nak sesuatu, kita kena usaha untuk dapatkan.
Benda-benda macam ni nampak simple.
Tapi bila fikir balik, sebenarnya ia satu unfair advantage.
Sebab financial privilege bukan semata-mata:
“Mak ayah aku kaya.”
Ada parents yang mungkin tak tinggalkan berjuta-juta ringgit.
Tapi kalau dari kecil anak dah diajar:
Macam mana nak simpan duit.
Macam mana nak berbelanja ikut kemampuan.
Macam mana nak bezakan wants dengan needs.
Macam mana hutang berfungsi.
Macam mana nak cari duit.
Macam mana nak invest.
Dan kenapa kena fikir tentang masa depan…
Anak tu dah start beberapa langkah di depan.
Banding dengan orang yang kena belajar semua benda ni sendiri bila dah umur 30 atau 40 tahun.
Kadang-kadang selepas dah buat macam-macam expensive mistakes.
Sebab tu kepada parents yang ada anak tengah membesar sekarang…
Nak bagi anak korang satu advantage dalam hidup?
Tak semestinya kena tinggalkan rumah.
Tak semestinya kena tinggalkan RM1 juta.
Tak semestinya kena bagi semua benda yang dia nak.
Ajarkan dia cara menguruskan duit.
Lebih penting lagi, tunjukkan melalui cara kita sendiri menguruskan duit.
Kalau kita sendiri tak pernah dapat financial education daripada parents kita dulu, tak apa.
Kita boleh jadi generasi yang mula belajar.
Supaya anak-anak kita nanti tak perlu start dari tempat yang sama macam kita.
We may not be able to give our children a wealthy start.
But we can give them a financially literate one.
