Baru-baru ni aku jumpa seorang klien yang mempunyai negative net worth.
Bila tengok lebih dalam, antara punca utamanya cukup jelas:
Negative cash flow.
Situasi dia:
Gaji: RM6,800 sebulan
Jumlah perbelanjaan/outflow: RM8,400 sebulan
Cash flow: –RM1,600 sebulan
Daripada jumlah tersebut, hampir RM5,000 sebulan adalah bayaran hutang — majoritinya personal loan dan kad kredit.
Masih bujang. Kerja sebagai guru kerajaan.
Tapi yang menariknya…
Walaupun cash flow dah negatif, dia masih cuba simpan dan invest RM1,500 setiap bulan.
Kalau tengok satu benda sahaja, simpan RM1,500 dengan gaji RM6,800 nampak bagus.
Tapi kewangan tak boleh tengok satu-satu secara berasingan.
Kalau setiap bulan cash flow kita negatif, defisit tu mesti datang dari suatu tempat.
Sama ada:
A. Ambil daripada simpanan/aset
Aset ↓
Net worth ↓
atau
B. Tambah hutang
Liabiliti ↑
Net worth ↓
Sebab tu salah satu perkara pertama yang aku cakap dekat dia:
STOP THE BLEEDING FIRST.
Jangan fikir pasal nak optimize investment dulu.
Kita kena betulkan cash flow.
Antara tindakan awal yang aku cadangkan:
1. Stop dulu savings/investment.
Kita tak boleh save or invest our way out of a negative cash flow, terutamanya kalau antara punca utama negative cash flow tu adalah hutang.
Tak banyak guna kita masukkan duit dalam investment setiap bulan kalau pada masa sama kita masih perlu berhutang untuk menampung kekurangan cash flow.
2. Hold dulu polisi takaful buat sementara waktu.
Ini berdasarkan situasi spesifik klien tersebut dan bukan bermaksud semua orang yang ada masalah cash flow patut stop takaful.
Protection tetap penting. Tapi dalam kes ini, keutamaan segera adalah untuk stabilkan keadaan kewangan dia terlebih dahulu.
Dua tindakan ni sahaja berjaya improve cash flow dia hampir:
RM2,000 sebulan.
Daripada:
–RM1,600
jadi:
+RM400 sebulan.
Gaji masih sama.
Tak perlu cari investment return 10%.
Tak perlu tambah side income dulu.
Kita cuma stop the bleeding.
Bila cash flow dah positif, barulah kami tengok langkah seterusnya:
Debt consolidation, terutama untuk hutang kad kredit, supaya monthly commitment boleh dikurangkan lagi.
Sebab bagi aku, relationship antara cash flow dengan net worth sebenarnya simple.
Cash Flow = Income – Expenses
Net Worth = Assets – Liabilities
Positive cash flow memberikan kita ruang untuk tambah savings dan investment, seterusnya meningkatkan net worth.
Negative cash flow pula akan memakan net worth — sama ada kita mengurangkan aset atau menambah hutang untuk menampung defisit tersebut.
Sebab tu bila aku buat financial planning, antara priority pertama aku adalah optimize cash flow.
Bukan terus tanya:
“Investment apa boleh bagi return paling tinggi?”
Tapi:
“Setiap bulan, duit sebenarnya pergi ke mana?”
Sebab kalau baldi kita tengah bocor besar dekat bawah…
Jangan sibuk cari paip yang boleh keluarkan air lebih laju.
Tampal lubang dulu.
