Ramai yang fikir cerita berakhir di situ.
Hakikatnya, dianggarkan terdapat 50,000 polisi insurans dan sijil takaful yang masih belum dituntut oleh waris. Bukan sebab tiada duit, tetapi kerana waris tidak tahu polisi itu wujud atau tidak tahu bagaimana untuk membuat tuntutan.
Sebab itu saya melihat pelancaran portal Semak Kasih oleh Bank Negara Malaysia sebagai satu langkah yang sangat baik. Portal ini memudahkan waris menyemak sama ada si mati mempunyai polisi insurans atau sijil takaful yang layak dituntut.
Dah tiada keperluan nak call setiap syarikat takaful, insurans untuk nak tahu polisi apa yang ada bila ada kematian.
Namun, pada saya, portal ini juga mendedahkan satu isu yang lebih besar.
Masalah sebenar bukan sekadar waris tak tahu nak tuntut. Masalah sebenar ialah waris langsung tak tahu apa yang kita miliki.
Ramai yang mempunyai:
Akaun bank di beberapa institusi.
Polisi takaful dan insurans hayat.
Unit trust, saham, ASB dan pelbagai pelaburan.
Hartanah.
Akaun KWSP.
Tetapi pasangan atau anak-anak tidak pernah dimaklumkan.
Sebagai seorang perancang kewangan, saya selalu mengingatkan klien bahawa perancangan kewangan bukan sekadar mengumpul aset. Ia juga tentang memastikan aset itu boleh ditemui, diurus dan akhirnya sampai kepada orang yang kita sayang.
Sebab itu saya menggalakkan setiap keluarga untuk:
Menyediakan senarai aset dan liabiliti.
Memaklumkan pasangan atau waris yang dipercayai mengenai aset yang dimiliki.
Melengkapkan penamaan benefisiari di mana berkenaan.
Menyediakan wasiat.
Mempertimbangkan hibah atau amanah jika sesuai dengan keadaan keluarga.
Perancangan kewangan tidak berakhir apabila kita berjaya membina kekayaan.
Ia hanya lengkap apabila keluarga kita tahu apa yang kita tinggalkan, tahu di mana untuk mencarinya, dan dapat mengaksesnya tanpa melalui kesukaran yang tidak sepatutnya.
Kadang-kadang, legasi yang paling bernilai bukan sekadar jumlah harta yang kita tinggalkan, tetapi kejelasan yang kita tinggalkan kepada keluarga.
