rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Kualiti dan Accessibility penting untuk bagi pelanggan repeat”

Aku memang suka makan mangga.

Kalau nampak orang jual mangga dekat traffic light, masa lampu merah, memang aku antara orang yang akan beli.

Tapi sebenarnya, setiap kali nak beli aku rasa agak stres.

Sebabnya:

1. Kadang-kadang pergi tempat tu, tak ada orang berniaga. Tak tahu timing dia.

2. Kalau dah ada pun, kena tunggu lampu merah. Lepas tu harap-harap penjual lalu dekat kereta kita.

3. Bila dapat beli, kualiti pula tak konsisten. Ada masa sedap, ada masa biasa-biasa. Siap rasa kuantiti pun makin sikit.

Aku faham mungkin ada sebab kenapa mereka pilih konsep berniaga macam tu.

Tapi sebagai pelanggan, pengalaman membeli tu tak begitu mudah.

Sejak aku jumpa mangga ni dekat Jaya Grocer (RM12.90), terus aku tukar.

1. Bila aku mengidam, aku tahu dekat mana nak cari. Dekat rumah pun ada 3-4 cawangan Jaya Grocer.

2. Tak perlu lagi pergi semata-mata berharap ada orang jual dekat traffic light.

3. Kualiti lebih konsisten sebab disimpan dalam chiller. Aku pula tak perlu beli banyak-banyak untuk stok, sebab bila-bila masa boleh pergi beli yang baru.

4. Sambal rojak dia pun memang sedap.

Bezanya dengan mangga tepi jalan?

Lebih kurang RM2.90 sahaja.

RM2.90 itu sebenarnya aku bayar untuk kemudahan, konsistensi dan keyakinan.

Ramai pemilik bisnes terlalu fokus pada produk.

Hakikatnya, pelanggan bukan sekadar membeli produk.

Mereka membeli pengalaman.

Kalau pelanggan susah nak cari kita, tak pasti bila kita buka, kualiti tak konsisten, atau setiap kali membeli mereka kena bergantung pada nasib…

Lama-kelamaan mereka akan pilih alternatif yang lebih mudah.

Kadang-kadang pelanggan sanggup bayar lebih.

Bukan sebab produk kita lebih murah atau lebih sedap.

Tetapi sebab kita lebih mudah dicari, lebih mudah dibeli, dan lebih konsisten.

Itulah antara perkara yang membezakan bisnes yang sekadar “laris” dengan bisnes yang boleh berkembang dan bertahan lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *