Jawapan dia bergantung.
Ada orang pakai BNPL sebab nak uruskan cashflow. Dia ada duit, tapi pilih untuk bayar secara ansuran 0% dan simpan baki duit tu dalam simpanan atau pelaburan yang bagi pulangan. Bagi golongan ni, BNPL cuma alat kewangan.
Ada pula yang pakai BNPL sebab nak beli benda yang dia nak, tapi tak sabar nak tunggu bonus atau simpan duit dulu. Gadget baru keluar, handbag baru, pakej bercuti, semua nak sekarang. BNPL jadi jalan pintas untuk puaskan kehendak.
Dan ada juga yang pakai BNPL sebab terpaksa. Hutang dah banyak, cashflow dah ketat, jadi BNPL digunakan untuk beli masa. Hari ini selamat, bulan depan fikir kemudian.
Masalahnya, dulu BNPL ni agak longgar. Ramai orang nampak perkataan “0%” lalu anggap tak ada risiko.
Hakikatnya, walaupun tak ada caj keuntungan jika bayar tepat pada masanya, komitmen tetap komitmen. Bila terlalu banyak komitmen kecil berkumpul, akhirnya ia boleh jadi beban yang besar.
Kerajaan pun dah mula mengetatkan kawal selia BNPL. Data penggunaan dan rekod pembayaran semakin diberi perhatian oleh institusi kewangan.
Jadi soalan yang lebih penting bukan “boleh ke guna BNPL?”
Tapi…
“Kenapa aku guna BNPL?”
Kalau sebab nak urus cashflow dengan baik, itu satu cerita.
Kalau sebab FOMO, tak sabar, atau dah tak cukup duit nak tampung perbelanjaan semasa, itu cerita yang lain.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Nak pakai BNPL, pakailah.
Duit korang.
Masa depan pun korang yang kena hadap.
