rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Patut ke kurangkan perlindungan sebab update dari Perkeso?

Ramai orang share pasal PERKESO sekarang dah ada LINDUNG 24 JAM. Klien pun ada tanya pasal update baru dari PERKESO ni.

Secara ringkas, pekerja yang mencarum PERKESO kini mendapat perlindungan tambahan untuk kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja.

Bila keluar pengumuman macam ni, biasanya akan ada dua reaksi.

Yang pertama:

“Baguslah, perlindungan dah bertambah.”

Yang kedua:

“Kalau macam tu masih perlu ke medical card, takaful hayat, TPD dan critical illness?”

Pada pandangan saya, soalan yang kedua itu lebih penting.

Walaupun perlindungan PERKESO bertambah, kita masih perlu faham fungsi setiap perlindungan yang ada.

1. PERKESO diwujudkan sebagai perlindungan sosial asas.

2. Medical card pula berfungsi untuk membayar kos rawatan dan kemasukan hospital.

3. Perlindungan hayat menyediakan dana kepada keluarga jika pencari nafkah meninggal dunia.

4. TPD menyediakan pampasan jika seseorang hilang keupayaannya untuk bekerja.

5. Critical illness pula menyediakan pampasan apabila seseorang didiagnosis menghidap penyakit kritikal seperti kanser, strok atau serangan jantung.

Maksudnya, walaupun PERKESO kini melindungi lebih banyak situasi kemalangan, ia tidak semestinya menggantikan keperluan perlindungan yang lain.

Malah ramai yang terlepas pandang bahawa perlindungan tambahan ini hanya terpakai kepada pekerja yang mencarum PERKESO.

Bagi mereka yang bekerja sendiri dan mencarum SKSPS (Lindung Kendiri), perlindungan masih tertumpu kepada kemalangan yang berlaku semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri.

Jadi bagi golongan self-employed seperti freelancer, ejen, consultant, business owner dan profesional yang bekerja sendiri, keperluan untuk menyemak perlindungan peribadi masih kekal penting.

Dari sudut Syariah pula, setakat yang saya tahu, PERKESO tidak menyatakan bahawa skim ini adalah patuh Syariah secara khusus.

Namun, bagi golongan yang diwajibkan mencarum, isu ini biasanya dilihat dalam konteks maslahah dan perlindungan sosial yang diwujudkan oleh undang-undang.

Berbeza dengan produk perlindungan yang dipilih secara sukarela, pekerja dan majikan tidak mempunyai pilihan sama ada mahu mencarum PERKESO atau tidak. Ia diwujudkan sebagai sebahagian daripada sistem keselamatan sosial negara untuk melindungi masyarakat daripada kesan kewangan akibat kematian, hilang upaya dan kemalangan.

Jadi bagi saya, isu yang lebih penting bukan sama ada caruman bertambah atau tidak.

Soalan yang lebih penting ialah:

“Selepas mengambil kira PERKESO, adakah keluarga saya masih mempunyai jurang kewangan jika saya meninggal dunia, hilang upaya kekal, mengalami penyakit kritikal atau memerlukan rawatan perubatan yang mahal?”

Kalau jawapannya masih ada jurang, maka itulah risiko yang perlu dirancang.

Perancangan kewangan bukan tentang memiliki sebanyak mungkin produk perlindungan.

Ia tentang memahami risiko yang sudah dilindungi oleh sistem sosial negara, dan risiko yang masih menjadi tanggungjawab kita sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *