Tapi kali ni bukan pasal cikgu tu. Pasal diri aku sendiri.
Salah satu benda yang isteri aku pesan masa aku mula-mula nak menceburkan diri dalam bidang perancangan kewangan adalah:
“Jangan buat benda yang boleh mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan keluarga.”
Pesanan tu aku pegang sampai hari ni.
Sebab tu kalau aku tak yakin dengan sumber kewangan seseorang, aku akan tolak walaupun dia ada banyak duit. Kalau dari awal dah nampak sumber dia datang dari tempat yang meragukan, aku lebih rela tarik diri daripada terlibat.
Kalau ada orang ajak collaborate dan dari awal dah nampak ada isu, aku tak ada masalah untuk cakap tidak. Tak mengapa hilang peluang pendapatan kalau itu harga yang perlu dibayar untuk menjaga kredibiliti.
Kalau ada partner, staff, financial planner atau provider yang terlibat dengan perkara yang melanggar peraturan atau etika, kita akan siasat. Kalau memang ada masalah, kita tak teragak-agak untuk terminate dan laporkan kepada pihak yang berkaitan. Lebih baik bertindak awal daripada terus terpalit dengan isu yang sama.
Kalau klien tanya benda yang aku tak boleh buat, aku akan cakap terus terang aku tak boleh buat. Sama ada sebab ia tak patuh syariah, melanggar peraturan atau memang aku tak ada kepakaran dalam perkara tersebut.
Tak ada masalah pun untuk mengaku kita tak tahu.
Tak ada masalah pun untuk hilang sedikit pendapatan.
Sebelum ni aku dah berkali-kali cerita yang salah satu sebab aku jadi financial planner adalah kerana aku nak cari rezeki yang berkat.
Kalau rezeki tu tak sebanyak orang lain pun tak mengapa.
Pada aku, lebih penting kita boleh tidur lena malam, tak perlu risau bila telefon berbunyi, tak perlu takut kalau ada pihak berkuasa datang bertanya.
Ada orang tak kisah benda-benda macam ni. Sebab tu mereka sanggup masuk kawasan syubhah, atau kadang-kadang benda yang terang-terang salah pun mereka buat juga.
Compliance kepada peraturan dan undang-undang memang penting bagi aku.
Isteri aku selalu kata aku ni “budak skema”.
Tak mengapa.
Aku lebih rela jadi budak skema yang ikut peraturan daripada jadi orang yang rasa hebat hari ini, tetapi terpaksa berdepan dengan akibatnya beberapa tahun akan datang.
Dalam dunia kewangan, reputasi mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina.
Tapi hanya perlukan satu kesilapan untuk musnahkan semuanya.
See less
