rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Macam mana boleh T20 tapi hidup still cukup-cukup makan?”

Ramai confuse bila baca artikel pasal ada keluarga T20 yang hidup “paycheque to paycheque”.

Sebab dalam kepala ramai orang, T20 ni automatik kaya.

Tapi realitinya, pendapatan tinggi tak semestinya bermaksud kewangan stabil.

Kalau duduk bandar besar macam KL, single income household dengan anak ramai, tanggung ibu bapa, ada anak special needs, komitmen rumah, kereta dan pendidikan… RM10k–15k boleh jadi rasa sangat sempit.

Dalam masa yang sama, kita juga kena jujur bahawa ada beza antara:

• kos hidup sebenar

dan

• lifestyle inflation

Ada orang genuinely terbeban sebab tanggungjawab yang besar.

Tapi ada juga yang rasa “tak cukup” sebab lifestyle dah naik terlalu tinggi:

– rumah terlalu mahal

– kereta terlalu besar

– komitmen bulanan terlalu agresif

– semua benda nak upgrade serentak

Sebab tu saya selalu cakap…

Income besar bukan bermaksud automatik selesa.

Dan income sederhana pula bukan bermaksud automatik susah.

Yang lebih penting ialah:

• berapa banyak komitmen tetap kita

• berapa banyak baki yang tinggal setiap bulan

• ada atau tidak simpanan kecemasan

• dan sejauh mana kita boleh survive kalau hilang pendapatan beberapa bulan

Seseorang boleh:

High income, tapi cashflow sempit.

Dan seseorang juga boleh:

Income biasa-biasa, tapi kewangan sangat stabil sebab komitmen terkawal.

Akhirnya, financial stability bukan tentang nampak kaya.

Tapi tentang sejauh mana hidup kita masih stabil bila berlaku perkara yang kita tak jangka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *