Ada ternampak artikel dari SAYS pasal topik ni, di mana ada seorang individu komplen dekat Threads sebab susah nak dapat kerja bila dah berusia dan dianggap overqualified.
Betul ke bila dah masuk pertengahan umur 40an ni memang susah nak dapat kerja walaupun education dan pengalaman memang mantap?
Aku nak explain dari perspektif aku sebagai majikan, ex-HR, ex-pekerja dan juga dari sudut perancangan kewangan.
Kalau dari sudut majikan, dekat firm aku sendiri takde pun polisi taknak ambik pekerja berusia. Tak kisah lah sebagai pekerja makan gaji ataupun sebagai perancang kewangan. Pernah je ambik staff umur 40 tahun ke atas, malah ada perancang kewangan yang umur lebih 60 tahun pun masih aktif contribute.
Bagi kebanyakan SME, realitinya simple je. Kita cari orang yang boleh tambah nilai kepada syarikat. Tapi pada masa sama kena jaga kos sebab SME ni bukan mesin cetak duit. Jadi bila nak hire orang, memang kena fikir dari sudut produktiviti, sustainability dan kos syarikat.
Dari segi HR pula, sepanjang pengalaman aku, memang takde polisi rasmi “taknak ambik orang tua”. Tapi bila seseorang dah masuk 40an dan masih berada pada level Senior Executive untuk tempoh yang lama, sebagai HR memang akan terdetik persoalan:
“Kenapa career progression dia stagnant?”
Sebab dalam proses hiring, HR bukan compare kita dengan diri kita semata-mata. Dia compare kita dengan semua calon lain yang apply sekali.
Kalau ada calon umur awal 30an yang boleh buat kerja sama, tenaga masih tinggi, lebih mudah adapt dan kos lebih rendah, mestilah syarikat akan timbang benda tu juga. Itu bukan semestinya diskriminasi umur. Itu sebahagian daripada proses syarikat nak cari kombinasi terbaik antara value dan kos.
Tapi pada aku, point paling penting sebenarnya ialah nilai.
Sebagai ex-pekerja, aku percaya kalau kita betul-betul ada nilai dalam industri, kita tak terlalu risau pasal kerja. Bila skill, reputasi dan track record kita kuat, kadang-kadang kita tak cari kerja pun, orang datang cari kita.
Aku sendiri pernah lalui benda ni dulu. Ramai juga klien yang aku advice pasal career lalui situasi sama. Diaorang terkejut sebab dapat offer interview walaupun tak aktif mencari kerja.
Sebab bila orang nampak kita boleh selesaikan masalah, boleh deliver result dan senang bekerja dengan orang lain, umur jadi kurang penting.
Dan last sekali dari sudut perancangan kewangan.
Dalam artikel tu dia ada mention dia buat part-time juga. Jadi besar kemungkinan dia memang perlukan kerja sekarang untuk sustain hidup.
Dekat sinilah pentingnya pengurusan kewangan.
Sebab bila kewangan kita kukuh, cara kita negotiate dan cari kerja jadi sangat berbeza berbanding bila kita tengah desperate.
Masa MCO dulu ada tiga orang klien aku kena buang kerja. Tapi semua rilek je sebab ada emergency fund, dapat pampasan, claim EIS SOCSO dan masih ada ruang bernafas sementara cari kerja baru.
Masa interview, memang ada HR cuba tekan offer gaji rendah sebab nampak macam “terdesak”.
Tapi aku suruh diaorang jawab balik:
“Bukan salah saya saya tak bekerja sekarang. Syarikat terpaksa buang pekerja sebab keadaan ekonomi. Kalau bukan sebab tu, kita takkan berbual pun sebab saya masih bekerja.”
Alhamdulillah, semua akhirnya dapat kerja dengan gaji sama ataupun lebih tinggi dari sebelumnya.
Sebab bila kita tak desperate, kita boleh buat keputusan dengan lebih tenang. Dan bila kewangan kita stabil, kita ada kuasa untuk kata “tidak” kepada offer yang tak menghargai nilai diri kita sendiri.
Pada penulis asal komen dekat threads tu, aku doakan supaya dapat lalui dugaan ni dengan tenang dan percaya adalah perancangan yang lebih baik untuk kita di masa akan datang.
Mungkin kita belum habis usaha untuk apply kepada semua yang syarikat yang masih mencari pekerja. Teruskan usaha dan insyaallah nanti akan jumpa yang sesuai untuk kita.
