rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Kejayaan kewangan bukan diukur berdasarkan standard hidup orang lain”

Dua hari lepas baru jer ada update meeting dengan klien saya yang kerja dekat Ireland. Couple ni baru jer kahwin tahun lepas. Husband wife baru nak masuk umur 24 tahun tahun ni.

Dalam beberapa meeting sebelum ni, kitaorang bincang pasal macam mana nak uruskan kewangan, sebab masa tu cuma isteri sahaja yang ada gaji. Si suami pula baru pindah ke sana dan masih tunggu visa sebelum boleh mula kerja.

Masalah diaorang masa tu bukan tak cukup duit.

Tapi duit tiap-tiap bulan tetap habis walaupun masih duduk dengan ibu si isteri.

Sebab apa?

Sebab takde bajet bulanan dan masih dalam fasa nak enjoy. Tiap-tiap hari cafe hunting, shopping dan spend ikut rasa. Jadi hujung bulan memang susah nak menyimpan.

Saya pernah guide diaorang buat tracking perbelanjaan harian. Diaorang cuba buat, tapi tak konsisten. Bila ada hari yang tertinggal, mula susah nak ingat balik duit keluar dekat mana. Last-last terus berhenti.

Baru-baru ni bila jumpa semula, si suami update yang dia dah mula kerja.

Lepas kitaorang kira balik, sebenarnya perbelanjaan bulanan diaorang dekat sana lebih kurang 2,000 Euro sahaja. Dengan pendapatan sekarang, sepatutnya masih boleh simpan sekitar 2,400 Euro sebulan.

Tapi daripada target terlalu tinggi, kitaorang decide untuk mulakan dengan langkah yang lebih realistik.

Setiap seorang akan simpan 750 Euro sebulan terus bila gaji masuk.

Selebihnya, terpulang untuk belanja apa-apa yang diaorang nak.

Saya juga bagitau yang setiap kali gaji masuk, saya akan hantar reminder dalam group untuk terus asingkan duit simpanan dulu.

Semalam lepas saya hantar mesej dekat group, si suami update yang dia dah masukkan duit simpanan dalam akaun berasingan yang bukan akaun gaji dia.

Bagi saya, walaupun nampak kecil, ini sebenarnya satu kejayaan besar untuk couple ni.

Sebab diaorang dah mula ambil langkah pertama untuk menyimpan secara konsisten.

Akan ada orang yang baca cerita macam ni dan cakap,

“Alaa, simpan duit bukannya susah pun. Aku umur 30 dah ada RM100,000.”

Tahniah lah kalau dah capai tahap tu.

Tapi pada saya, kejayaan kewangan bukan diukur berdasarkan standard hidup orang lain.

Kejayaan sebenar adalah bila kita mula ambil tindakan untuk jadi lebih baik dari diri kita yang semalam.

Dan yang lebih penting, bila kita mampu istiqamah dan terus disiplin dalam perjalanan tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *