rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Aku tak boleh relate bila orang cakap tunggu gaji masuk baru boleh jalan-jalan”

Tahniah sebab rezeki awak murah sebab sentiasa ada duit. Asbabnya sebab awak rancang kewangan dengan teliti, awak masak (tak makan luar waktu lunch) dan ada 6 bulan simpanan kecemasan.

Tapi, kena faham, tak semua orang keadaan yang diaorang lalui macam awak. Ada orang bukannya diaorang tak nak menyimpan, tapi takleh menyimpan sebab kalau rancang macam mana pun gaji diaorang memang tak cukup.

Saya pernah share, walaupun saya 100% percaya perancangan kewangan memang boleh bantu ramai orang perkukuhkan lagi kewangan mereka, saya pun akur, ada juga orang yang saya tak dapat nak bantu sebab isu mereka adalah memang income yang tak cukup. Langkah yang diaorang boleh ambil cuma satu, usaha untuk tambahkan income.

Dalam kes awak ni, apa yang perlu di buat adalah bersyukur dengan rezeki yang ada sebab dah dipermudahkan. Bukannya sibuk nak menunjuk dekat orang lain dan merendahkan keadaan orang lain.

Lagi2, nak gi jalan tu adalah kehendak. Bukannya keperluan. Kalau diaorang nak tunggu gaji pun, atau bonus sekali pun untuk nak gi jalan2, tak ganggu hidup awak pun. Diaorang tak minta duit dari awak untuk nak gi jalan2. Dah tu kenapa nak bitter?

Sebab orang macam awak ni lah kot, ada orang yang terus cakap padan muka bila orang yang gaji besar/ savings banyak jatuh sampai perlu minta pertolongan?

Jangan ingat kita akan selalunya di atas, kalau Allah nak tarik, ada satu Trillion pun sekelip mata sahaja boleh hilang semua.

Tu jer nak ingatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *