rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Income tax tinggi = Networth tinggi?

Pinjam status Faridzul Asyraf Mat Arifin kejap.

isu pasal cukai ni dah lama ramai orang confuse sebenarnya. Dari mula masuk bidang kewangan ni, bila jumpa orang, bagi talk, ramai akan tanya soalan pasal cukai.

Ada yang pernah tanya, saya makan gaji bulan2 dan saya ada buat bisnes kecil2an online, dapat tak banyak pun, saya kena declare tak dekat LHDN?

Jawapan mudah,

Kalau apa2 pendapatan secara amnya kena declare. Nama akta dia pun income tax act (Cukai Pendapatan). Tapi ada jer kategori pendapatan mungkin tak kena cukai walaupun declare, tapi yang penting kena declare, jangan sembunyi2.

Lagi banyak pendapatan kita, kebarangkalian cukai kita bayar adalah lagi tinggi. Ini adalah betul lagi2 kalau pendapatan tu semua jenis yang tak dikecualikan cukai (boleh baca income tax act untuk tengok jenis2 pendapatan yang termaktub dalam akta tu)

Contoh,

Si Ahmad, kerja makan gaji, RM 20,000 sebulan. Dia dah kahwin ada dua orang anak, dan isteri dia suri rumah. Untuk nak mudahkan pengiraan aku assume dia punya pengecualian cukai dia RM 40,000 setahun (benda ni logik kalau rancang betul2).

Jumlah pendapatan – RM 240,000

Pengecualian cukai – RM 40,000

Pendapatan kena cukai RM 200,000

Cukai dikenakan pada RM 100,000 pertama – RM 9,400

Cukai dikenakan selepas RM 100,000 pertama pada kadar 25% – RM 25,000

Jumlah cukai pendapatan kena bayar – RM 34,400

Tapi tak semestinya pendapatan tinggi bayar cukai tinggi, lagi2 kalau pendapatan kita datang dari aset yang sedia ada. Contohnya,

Si Ali pula, dah bersara. Dia ada duit dalam EPF dalam RM 4,000,000. Dia hidup dengan dividen sahaja selepas bersara. Dividen EPF kita assume 6% setahun.

Dividen EPF – RM 240,000

Pendapatan Ali tak kena cukai, sebab dividen EPF dikecualikan dari cukai.

Beza kes Ahmad dan Ali walaupun pendapatan diaorang untuk tahun ni sama adalah dari mana datang sumber pendapatan diaorang. Pendapatan dari gaji kena cukai tapi pendapatan dari dividen tak kena.

Jadi macam mana correlation antara high networth dengan high income.

Kebarangkalian orang ada high income nak dapat high networth lagi tinggi dari orang yang ada low income nak dapat high networth. Benda ni logik. Tapi dia bukan 100%. Ada jer orang gaji RM 7,000 sebulan boleh dapat networth RM 1 juta tapi ada orang gaji RM 15,000 struggle nak capai RM 500,000. Benda ni berkait dengan pengurusan kewangan masing2.

Tapi kalau dua2 uruskan duit dengan betul, orang yang gaji RM 15,000 tu kebarangkalian besar akan ada networth lagi tinggi dari yang gaji RM 7,000 tu.

Kesimpulannya,

Adakah orang yang networth tinggi bayar cukai tinggi? Tak semestinya, kalau sumber pendapatan dia dari jenis pendapatan yang dikecualikan cukai.

Adakah orang yang tinggi pendapatan ni, networth dia tinggi? Tak semestinya juga, kalau dia tak reti uruskan kewangan dia dengan betul, tetapi kebarangkalian dia nak ada networth tinggi, adalah lebih tinggi dari orang yang rendah pendapatan dia.

P/S: Aku tak tahu kekayaan Najib dengan Daim, tapi aku tahu dua2 memang high networth pun. Hanya sama ada cukai yang diaorang owed link dengan diaorangnya punya networth tu, details korang gi lah check dengan LHDN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *