rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kalau dapat RM 200,000 nak tukar MPV baru harga RM 150,000

Ada seorang wanita dengan anak yang ramai sedang kesusahan. Apabila ditanya jika dapat RM 200,000 apa yang dia akan buat.

Jawapan dia?

Nak beli MPV harga RM 150,000 supaya anak2 tak sakit kaki. Jika ada hutang, boleh bayar sikit2 dulu. Tak perlu bayar banyak.

Ulasan saya?

Tanpa tahu keadaan sebenar kewangan dia, saya takleh nak cakap apa yang terbaik untuk dia dan keluarga dia.

Sebab kalau dia takde pendapatan, RM 200,000 tu patut di simpan dan guna sikit2 sementara dia nak usahakan stabilkan balik sumber pendapatan dia.

Adakah patut jadi modal bisnes?

Bergantung kepada pengalaman dia. Kalau takde pengalaman berbisnes, dalam keadaan yang tak stabil, boleh berbisnes, tapi carilah yang tak modal intensif, sebab duit tu boleh guna untuk stabilkan diri.

Kalaulah saya dalam keadaan yang sama, ada orang offer nak bagi RM 200,000, memang saya akan buat macam tu. Hutang tu saya teruskan jer bayar bulan2 sementara nak tunggu keadaan saya stabil semula.

Ramai orang akan nak settlekan hutang sebanyak mungkin sebab serabut dan fikir yang bila hutang dah settle / kurang, beban bulanan akan kurang.

Pemahaman tu tak salah. Tapi kena fikir apa yang lagi penting. Saya bagi contoh.

Katakan kita ada hutang kad kredit dalam RM 150,000.

Kalau kita bayar habis, baki hutang dah setel. Duit tinggal RM 50,000 lagi lepas tu.

Kalau perbelanjaan bulanan selain kad kredit dalam RM 10,000 sebulan, duit baki tu tahan 5 bulan.

Tapi kalau kita bayar minimum, iaitu 5% dari bayaran bulanan, RM 5,000 sebulan. Perbelanjaan bulanan kita jadi RM 15,000 sebulan.

Dengan RM 200,000 tu kita tak perlu risau buat masa sekarang, dalam 13 bulan. Ada 8 bulan extra untuk kita usahakan nak cari jalan macam mana nak improvekan keadaan kita.

Kalau kita pergi AKPK, mungkin bayaran bulanan dah turun dari RM 5,000 sebulan jadi RM 2,000 sebulan (kalau dia berjaya tarik jadi 10 tahun). Jadi belanja bulanan dah jadi RM 12,000. Jadi duit boleh tahan 16 setengah bulan.

Untuk saya, jangan pandang rendah kebolehan kita untuk bertahan lebih lama untuk mencari solusi. Saya sengaja guna contoh kad kredit sebab nak tunjuk contoh yang extreme supaya orang boleh nampak perbezaan antara jangkamasa kita boleh bertahan.

Memang betul masalah kita tak setel, sebab masalah kita sebenarnya, sumber pendapatan kita tak cukup / stabil untuk tampung belanja. Tapi macam mana pun, saya takkan guna duit tu untuk beli MPV baru harga RM 150,000.

Wanita tu mungkin kurang arif pasal pengurusan kewangan sebab tu dia jawab macam tu, tapi pada masa yang sama, orang yang tengah dalam kesempitan, memang susah nak berfikir secara logik, sebab dalam pemikiran mereka penuh dengan masalah jer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *